Wednesday, November 19, 2014

BAGINDA MUCHTAR @ BBM: "Aku" (Dalam Sajak) Kebebasan Ku - page 199



Kebebasanku

Aku bukanlah termasuk orang yang dibebaskan
Melainkan aku sendiri yang mencari jalan kebebasan
Dari alam fikiran menuju ke alam perasaan
Dan kami bertemu di perbatasan

Yang di luar menuju ke dalam
Kami bertemu di perjalanan
Batas antara luar dan dalam
Tiada orang lain menyaksikan

Jalanku, jalannya
Berbeza tidak sama
Yang satu nyata
Yang lain tidak nyata

Semenjak itu kami sering berjalan
Yang di luar dan yang di dalam
rewrtvtewt
dgrrstyrs6g

Dan Aku telah dapat keluar
Dengan jalan memancar
Aku ini hanya cermin
Berguna untuk orang yang ingin
Hendak melihat diri sendiri
Untuk mengetahui hakikat diri
Diri itu adalah Aku
Kerana timbulnya dari Aku
Orang berada di hadapanku
Kerana melihat padaku
Maka berhadap-hadapan Aku dengan dia
Orang dengan dirinya
Kalau hendak mengetahui aku yang sebenar
Pandanglah Aku dengan saksama
Kalau orang hendak melihat dirinya
Melihatlah ke kaca
Kalau orang hendak mengetahui aku
Pandanglah wajahku
Mahu melihat diri, bercerminlah ke kaca
Mahu mengetahui aku, pandanglah wajahku
Wahai insan, cubalah teka
Yang mana yang aku sebenarnya
Roman terjalin antara dia dan aku
Antara bentuknya dan wajahku
Antara badan dan diriku
Dengan tujuan bersatu-padu
Diakah yang harus mencintaiku
Atau akukah yang akan mencintainya
Diakah yang bergantung padaku
Atau akukah yang bergantung padanya
Aku mencintainya lantaran dia badanku
Dia harusnya mencintaiku kerana aku dirinya
Dengan terjalinnya saling cinta mencintai
Maka terciptalah hidup yang bahagia
Dari itu ketahuilah dirimu
Kerana di situ beradanya aku
Kalau engkau mahu aku
Hidupmu bergantung padaku
Aku mencintainya lantaran dia badanku
Dia harusnya mencintaiku kerana aku dirinya
Dengan terjalinnya saling cinta mencintai
Maka terciptalah hidup yang bahagia
Dari itu ketahuilah dirimu
Kerana di situ beradanya aku
Kalau engkau mahu tahu
Hidupmu bergantung padaku
Untuk mendapat bahagia sejati
Pakailah ilmu diri
Ilmu diri, berisi
Yang mengisi aku sendiri


26 Disember 1970

No comments:

Post a Comment