Wednesday, November 19, 2014

BAGINDA MUCHTAR @ BBM: "Aku" (Dalam Sajak) Renungan ku - page 195



Renunganku

Sudah dipunyainya tetapi masih merasa kekurangan
Sudah punya dia, tetapi tak pandai mencukupkan
Di mana letak kesalahannya
Dan di mana pula letak perbezaannya?

Sudah banyak tetapi kekurangan
Itulah manusia dengan hawa nafsunya
Sudah punya tetapi tak pandai mencukupkan
Itulah orang dengan perasaannya.

Semestinya: Yang kurang dicukupkan
                   Yang punya mencukupkan
                   Dicukupkan dengan diri sendiri
                   Mencukupkan juga dengan diri sendiri

Manusia dengan hawa nafsunya
Orang dengan perasaannya
Kalau lupa akan dirinya
Akan membawa akibat pada badannya

Dengan apa kekurangan dicukupkan
Dengan Aku yang dilupakan
Bagaimana mencukupkan yang kekurangan
Pelajari keadaanku di dalam

Untuk itu carilah aku
Yang telah berada bersertamu
Semenjak di rahim ibu
Dan cuba jawab: siapa aku?


.

No comments:

Post a Comment