Wednesday, November 19, 2014

BAGINDA MUCHTAR @ BBM: "Aku" (Dalam Sajak) Orang mencari aku - page 192



Orang Mencari Aku

Banyak orang mencari Aku
Dan tak banyak orang dapat bertemu
Aku dicari orang sedari dahulu
Semenjak aku dikenal oleh orang berilmu

Aku berada di dalam, bukan di luar
Untuk mendapatkan Aku, orang harus belajar
Diusahakan supaya aku dapat memancar
Pancaran yang mengandungi sinar

Bila Aku telah memancar
Yang di dalam telah keluar
Maka haluan harus ditukar
Untuk menemui Aku yang benar

Yang di luar harus ke dalam
Erti kata dalam pengertian
Menuruti jalan pancaran
Untuk mengenal yang diidamkan

Suatu perjalanan dari ada ke tidak ada
Melalui yang tiada
Di tidak letaknya rahsianya
Aku berada di baliknya

Wahai orang yang hendak mencari aku
Temuilah jalanku lebih dahulu
Kalau tidak menuruti jalanku
Pasti kita tak dapat bertemu

Ada nyata
Tidak ada, ya, tidak ada
Tiada ialah antara ada dan tidak ada
Keadaannya tidak nyata

Bagiku
Yang ada badanku
Yang tidak ada Aku
Yang tiada diriku

Diriku yang mengandung rahsia
Rahsiaku padanya letaknya
Dan itulah Aku wahai manusia
Yang mahu mencari Aku yang sebenarnya

.

No comments:

Post a Comment