Pemecahanku
Dalam perjalanan ku
untuk mengenal diri
Aku melakukan
pemecahan sendiri
Dengan tidak
menghiraukan petang dan pagi
Asal tercapai maksud
di hati
Maksud hati hendak
mencari diri
Diri yang berdiri
sendiri
Yang amat erat
hubungan dengan peribadi
Yang orang mengatakan
nya “suci”
Telah lama aku
berjalan
Pagi petang siang dan
malam
Suatu perjalanan yang
ku lakukan
Dengan gerak dan
menggerakkan
Gerak datang dari aku,
yang menggerakkan dia
Yang bergerak ialah
saya
Suatu pemecahan satu
jadi tiga
Yang menghasilkan
pemisahan antara aku dan dia
Yang bergerak saya
Termasuk aku dan dia
Aku yang memisahkannya
Yang telah dapat
memisahkan antara badan dan dia
Aku dengan badanku
nyata aku dengan diriku tidak nyata
Badan dapat diraba
Diri hanya dapat
dirasa
Rahsia diri ialah
rahsiaku
Peristiwa diri ialah
peristiwa aku
Badan diri dan aku
Bunyinya tiga,
nyatanya Satu
Nyatanya aku satu
Aku badan dan diriku
Keluar bersatu padu
Ke dalam banyak orang
belum tahu
Aku dengan badan ku
positif nyata
Aku dengan diriku
negatif tidak nyata
Samakah aku yang nyata
Dengan aku yang tidak
nyata
Aku dengan kenyataan
ku jadi manusia
Aku dengan ketidak
nyataku berada di dalamnya
Di alam fikiran tempat
aku yang pertama
Di alam perasaan
tempat aku yang kedua
Ketahuilah oleh mu
wahai insan
Aku yang pertama ialah
aku yang di hidupkan
Aku yang kedua ialah
aku yang menghidupkan
Yang mana yang benar,
cuba fikirkan
.
No comments:
Post a Comment