Wednesday, November 19, 2014

BAGINDA MUCHTAR @ BBM: "Aku" (Dalam Sajak) Pendirian ku - page 196



Pendirianku

Aku bukan orang yang akan dihantarkan
Ke padang perkuburan
Aku adalah yang akan kembali
Ke Hadirat Ilahi

Jasadku akan kembali ke asalku
Setelahnya aku meninggalkan rumahku
Jika ini sampai terjadi
Bererti Aku pergi dengan tak kembali lagi

Orang ada dan nyata
Aku ada tetapi tak nyata
Keadaanku dalam tiada
Kenyataanku ada padanya

Aku hidup dan menghidupkan
Menghidupkan badan diriku di dalam
Kehidupanku mendatangkan aliran
Mengaliri seluruh badan

Kehidupanku di dalam ibarat sangkar dengan burung
Melakukan perjalanan ibarat menghasta kain sarung
Orang yang dapat menemuiku akan beruntung
Di waktu hujan dan panas boleh berlindung

Rezeki bagiku mendatang
Kalau tidak pagi tentu petang
Aku bukan seperti burung helang
Untuk mendapat makan harus terbang

Dudukku duduk menanti
Bagiku ada yang datang dan yang pergi
Menerima dan memberi
Dan tak merugikan ke diri sendiri

Dan aku pun tak akan merugikan orang lain
Kerana bawaanku ialah lain dari yang lain
Kelihatannya aku seperti main-main
Yang bagi setengah orang tak yakin

Yakin tak yakin bukan urusanku
Kerana aku untuk orang tertentu
Kalu ada bahagian tentu bertemu
Dengan ilmu pengetahuanku

Peganganku yang hidup, bukan yang mati
Kerana pendirianku bukan materi
Aku adalah isi
Dan telah dapat mengeluarkan yang hidup dari yang

mati

.


No comments:

Post a Comment