Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Adalah aku dengan diriku ibarat sebatang pohon - page 173


Adalah aku dengan diriku ibarat sebatang pohon, lagi tunggal, bercabang dua; terdiri dari kiri dan kanan. Tiap-tiap cabang mempunyai lima ranting. Buahnya lebat, banyaknya tak terhitung semenjak dari batang sampai ke cabang dan sampai ke ranting. Buahnya tidak keluar seperti buah mangga dan tidak di bawah seperti kacang tanah, melainkan di dalam batang, di dalam cabang dan sampai di dalam ranting. Memberi manfaat bagi orang yang mengetahuinya dan berfaedah bagi orang yang dapat menemui dan memetiknya kerana adalah buahnya itu serba guna


Untuk itu orang harus serba tahu dan serba bisa. Orang harus menggali dirinya sedalam mungkin, sehingga banyak dapat diketahuinya tentang keadaan dirinya, kesanggupannya dan kemampuannya. Orang, selain dapat mengetahui keadaan badannya serta alat perlengkapannya, harus dapat pula hendaknya mengetahui keadaan dirinya dengan rahsia yang terkandung di dalamnya untuk diambil manfaatnya bagi badan diri sendiri, dan dipergunakan faedahnya untuk orang ramai.


Penelitian dan pengalaman menunjukkan, bahawa adalah diri itu terdiri dari zat serba zat, hidup lagi berisi atau dalam bahasa lain terdiri dari elektron-elektron hidup. Dan itulah dia 'Buah' dari pohon tunggal yang diuraikan sebagai perumpamaan tersebut di atas. Dan itulah pula "dia" yang hidup yang akan didatangkan dari yang mati dan yang mati dari yang hidup. Seumpama telur dengan burung, burung mendatangkan telur dan telur mendatangkan burung. Dan tindak-laku perbuatan dengan berjalan menuruti jalan yang telah ditemui, berarti pula orang telah memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam. Dalam pengertian ini ialah siang bererti diri dan malam adalah badan. 


Orang yang telah dapat menemui dirinya dengan jalannya, hendaklah merubah pandangan hidupnya; kalau tadinya dalam tangkapannya badannya yang dikemukakannya, maka semenjak telah dapat menemui diri itu, dirilah yang harus dikemukakan. Dengan pandainya orang membawakan diri dengan mengemukakannya pada jalannya, maka pandangan yang pertama telah meningkat kepada yang kedua iaitu kepada pandangan yang agak mendalam. Dengan pembawaan itu orang telah dapat berdiri pada diri sendiri, dengan pengertian yang meningkat pula, orang telah dapat mengetahui bahawa segala tindak-laku perbuatannya, dirinyalah yang berbuat dan terhadap orang luar dirinya itu terahsia dan menjadi ilmu pengetahuannya.


Orang dengan pembawaan dirinya yang terahsia itu dapat mengadakan percubaan-percubaan untuk dapat mengetahui lebih mendalam akan rahsia-rahsia yang terkandung di dalamnya. Untuk ini orang harus berani mengemukakan dirinya, merubah pandangan biasanya dari keadaan yang nyata kepada keadaan yang tidak nyata, iaitu kepada rasa yang terasa sebagai gantinya dan menurutkannya sampai dapat mengerti padanya. 


Perumpamaan keadaannya adalah seolah-olah orang menunggang kuda baru, dengan DAYA dan AKALNYA supaya dia dapat mengerti padaku dan kuda dapat mengerti pula padanya, sehingga akhirnya dia dapat menguasai kuda baru tersebut, dan dapat dipergunakannya untuk mencapai tujuannya. Kalau dikehendakinya, kuda tersebut akan berhenti berjalan dan sewaktu-waktu turun dari kenderaannya dan memasukkannya kembali ke kandang.


.

1 comment:

  1. Dan ingin pula saya kemukakan di sini, terutama perkembangannya ilmu pengetahuan kita ini, atau kami ini. Harap terutama yang tertua, jangan dalam fikiran kita seolah-olah kita mempropagandakan pengetahuan ini kepada orang yang belum kenal padanya, “Ambillah ini. Pengetahuan aku yang benar.”

    Tidak usah dan tidak perlu. Kita tunggu kita nanti yang datang dan yang pergi. Biar orang itu, mereka itu mendatangi kita. “Saya mahu ambil.”


    Itu lebih baik.
    Tak perlu kita propagandakan ini itu. Tak perlu. Tak perlu. Biar sendiri dia datang. Tetapi yang perlu, amalkanlah pengetahuan ini untuk jalan baik dan membaikkan, untuk baik dan membaikkan.


    Dengan itu nanti mereka itu, “Ini lain, ini.”

    Sampai mereka tertarik sendiri. Dan kebanyakan itu anak-anak ubat kita, oleh kerana dia telah merasakan akan keanehan cara pengubatan kita, kemudahan dari Tuhan tadi dengan Dua Kalimah Syahadah tadi, telah selesai dia ingin hendak mengambil pengetahuan ini.

    Itu lebih baik, sebab mereka setelah sakit segala macam. Itu ujian dari Tuhan, percubaan dari Tuhan. Dia lulus melalui kita, kita bebaskan dia. Dia sedar dan terus dia meminta atau mahu meminta pengetahuan kita ini untuk diamalkan pula. Begitulah ditegaskan lagi, ertinya tak perlu
    propagandakan ilmu ini.

    Di atas petikan dari kuliah BBM di Keramat, Kuala Lumpur pada 1975. Sila hormati kehendak BBM jangan propagandakan ilmu ini. Sila delete karya / ajaran beliau dengan segera. Terimakasih.

    ReplyDelete