Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Aku adalah laksana kaca - page 161



Aku adalah laksana kaca, kalau orang hendak melihat dirinya sendiri, berkacalah padaku. Bukankah aku yang menimbulkan diri itu? Samakah dasarnya diri itu dengan badan? Jawabnya tentu tidak kerana badan berasal dari titisan air dari ibu bapa (nutfah) dan asal di balik asal ialah datangnya dari tanah. Dan adalah dasar diri, dari aku, oleh kerana aku yang menimbulkannya. Badan nyata oleh kerana berasal dari kenyataannya air titisan (nutfah) dari ibu bapa. Dan diri tidak nyata, kerana aku keadaannya tak nyata. 

Aku si Terang menerangkan diriku dan alam sekelilingku. Aku si Hidup dan menghidupkan diri aku dan badanku. Diriku itu ialah ibarat siang bagi malam. Maka adalah diri itu terdiri dari titik titik terang yang dihidupkan dan menghidupkan badan. 


Orang dapat melihat diri dari kaca. Kaca yang menimbulkan diri. Hanya dapat dilihat, tetapi tak dapat diraba dan dirasa. Sebab tak dapat diraba dan dirasa kerana ia ada di dalam. Di dalam rumahku sendiri. Oleh sebab dilihat dari luar tentu bentuknya bentuk rumahku, rupa orang. Kerana aku diciptakan jadi manusia. 


Dan bagaimana jalannya untuk dapat mengetahui diri yang sebenarnya? Mengetahuinya didapat dengan jalan petunjuk dari Yang Maha Pencipta dengan perumpamaan yang dapat diambil sebagai contoh. Perumpamaannya ialah: 


"Seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat. Iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat. Hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping sesama cahaya, Allah menunjuki orang yang dikehendakinya kepada cahayanya itu. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu". (surat An-Nur ayat 35, Al-Qur'an) 


Dari perumpamaan yang ku kutip dari al-Qur'an ini dapat diketahui bahawa, kalau kita melihat, memandang atau meneropong keadaan di dalam rumah kita atau di dalam badan sendiri melalui sebuah lubang dinding, di dalamnya ada pelita, lampu yang menerangkan alam sekelilingnya. Maka adalah keadaan diri itu di dalam badan laksana lampu. 





Di waktu kita berkata mahu melihat itu dengan memandang atau meneropong dari sebuah lubang dinding. Kita dapat ketahui diri itu laksana lampu. 
Melihat ke kaca berarti melihat dari luar ke luar. 
Melihat ke lubang dinding, berarti melihat dari luar ke dalam.
Kalau diambil perbandingan akan keduanya, maka dapat kita suatu petunjuk, melihat ke luar dengan melihat ke dalam ada perbedaannya. 

Keluar kita dapat melihat seperti orang
ke dalam dapat kita ketahui yang seperti orang itu sebenarnya ialah laksana lampu. 

Dengan bercermin aku dapat melihat diriku sendiri dan dengan petunjuk al-Qur'an, orang mengetahui akan keadaan dirinya. Aku dapat melihat dan mengetahui badanku. Dapatkah badan melihat aku? Badanku tak dapat berbuat apa-apa kalau aku tak ada di dalamnya. Diriku timbul lantaran keadaanku. Dan badan diciptakan untukku. Dengan berkata, orang akan dapat memahami aku dan diriku. Keadaan diriku bergantung kepada adanya aku. Aku tak akan berdiri kalau tak berbadan. Badan tak kan ada arti kalau aku tak ada. Aku diadakan oleh Yang Mengadakan. Badanku diciptakan oleh Yang Menciptakan. Yang mengadakan aku, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Suci. Yang menciptakan badanku, Yang Maha Pencipta, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Suci. Yang Maha Pencipta, Esa, Tunggal, namanya Allah. Itulah Tuhanku. 


Perlukah aku mengetahui diriku? Tidak, kerana dia timbul dari aku. Perlukah aku mengetahui badanku? Perlu, kerana dia badanku. Kalau tidak dengannya, aku tak akan dapat mengecap nikmat hidup di dunia ini. Aku harus merawatnya dan memeliharanya sebaik-baiknya. Luar dan dalam; Di dalam dengan ilmuku, di luar dengan akalku. Di dalam, aku tak dikenal orang kerana jarang orang yang mahu memperhatikan aku. Di luar, aku dengan akalku, orang dapat mengenal aku, kerana seperti dia (orang juga), aku ini manusia, manusia seperti dia pula. 


Di mana letaknya kelebihanku? Kelebihanku letaknya di ilmuku. Apa ilmuku? Ilmuku ialah diriku. Orang lain merahsiakan ilmunya, aku tidak, aku nyatakan ilmuku. Sayang orang banyak tak mengerti padaku. Yah, tak kenal makanya tak sayang. Anehnya, manusia ku diperhatikan orang, diriku tidak. Peribadiku letaknya bukan di manusiaku, melainkan di diriku. Ini kukatakan kalau orang mahu mengenal peribadiku. 


Orang berdiri di akalnya, aku di diriku. Ilmu akal dan ilmu diri berlainan. Ilmu akal ilmu hakikat. Ilmuku, ilmu diri, ilmu makrifat. Orang memakai hakikat, aku tidak. Apa yang akan aku hakikatkan, sedangkan aku tahu segala-galanya datang dari makrifat. Aku bermakrifat kepada Tuhan, makrifatku makrifatullah.  Aku berfirasat, firasatku ke dalam dan keluar. Aku memikirkan diriku, diri orang dan diri orang lain. 


Aku berpendapat, diri orang sama dengan diriku. Dari itu makanya aku berfikir keluar dan ke dalam. Adakah orang memikirkanku pula seperti aku memikirkan dirinya? Mungkin tidak, paling banyak setahuku, orang hanya mengingat aku, mengenang aku, bukan diriku. Mungkinkah orang dapat mengingat dan mengenang aku yang sebenarnya? Mungkin tidak. Paling ada, yah badanku, rupaku dan bentukku yang dapat diingatinya. Bagaimana dia akan dapat mengingat aku yang sebenarnya sedangkan dia sendiri belum dapat mengingat dirinya sendiri. Kalau dia telah dapat mengingat dirinya benar, mungkin dia dapat pula mengingat diriku, kerana adalah dirinya dan diriku itu dasarnya sama. Inipun kalau orang dapat mengetahui persamaan dasar itu. 


Kerjaku tak dapat orang mengetahuinya, akan tetapi kerja orang dapat aku menangkap dan memahaminya. Aku sentiasa duduk di tempatku, akan tetapi diriku mengembara ke mana-mana. Aku dan diriku adalah seorang pengembala dan pengembara.


Kalau orang mahu mengenal aku, hendaklah orang mengenal diriku lebih dahulu, kerana diriku timbulnya dari aku. 

Aku yang menggembalanya badan dan diriku. Dan diriku mengembara menjalankan tugas, tugas tertentu. Aku mengisi diriku dan diriku mengisi orang. Orang menghiasi dan meisi badan dirinya. Kalau hanya di isi sahaja tanpa dihiasi, tentu akan lain pandangan orang pada kita. Dan akan terpencil atau tersisih hidup kita. 


Dan bagaimana mengisi diri? Dengan apa diri diisi? Aku meisi diriku dengan sejenisnya. Akan tetapi orang tak dapat meisi dirinya seperti aku meisi diriku. Orang dapat meisi dirinya dengan menyebut nama yang menciptakannya sebanyak mungkin. Nama yang menciptakan-nya Allah. Sebutlah namanya sebanyak-banyaknya dengan pengertian lain, zikirlah. Ingatlah Dia dan zikirlah. Sebutlah nama Allah sebanyak mungkin. Dengan jalan itu orang harus mengisi dirinya. 


Terdiri dari apa diri itu? Diri yang timbulnya dari aku itu berdirinya setelah aku ada di dalam rumahku sendiri. Orang dapat mengetahuinya dengan pasti setelah dapat menemuinya. Dia mealiri seluruh batang tubuh kita di dalam dan terbatas pada bulu dan kulit kita. Kalau sekiranya pintu terbuka baginya, sangat mudahlah bagi orang untuk mengetahuinya. Dia sentiasa berada di muka pintu. 


Diri itu bagi orang yang belum dapat menemuinya, pasif dan negatif. Aktivitinya berada di dalam. Bagi orang yang telah dapat menemuinya, dia akan aktif dan positif; aktif luar dan dalam. Maka untuk dapat mengenalnya orang harus mengaktifkannya. Oleh kerana dia tidak nyata, maka orang dapat mengatakan aktif dan positifnya dengan rasa perasaan; terasa secara positif. 


Jalan untuk menemuinya ada dua. 


  • Pertama: Dengan pengetahuan yang mendalam dan kecerdasan dan tekun, ditambah dengan keyakinan yang teguh, orang beransur-ansur akan dapat menemui dan merasakannya di muka pintu. Pintu yang dimaksud ialah letaknya dan tempatnya di hujung jari-jari kita. Kalau pintu telah terbuka, maka dengan sendirinya orang akan dapat merasakannya secara positif. Kalau ini sampai kejadian [terjadi], maka ini berarti orang telah dapat menembus alamnya sendiri. Untuk seterusnya ke dalam. Dan sebaliknya dengan pintu telah terbuka itu berarti pula, aku telah menembus alam sendiri untuk dapat bergerak bebas keluar. 


  • Jalan yang kedua sifatnya terpimpin, iaitu berguru atau belajar kepada orang yang telah tahu (ahli), yang telah banyak mendapat pengalaman dari dan dengannya dan yang telah banyak dapat mengetahui akan rahsia yang terkandung di dalamnya. Guru akan bimbing, mendidik, melatih dan menunjukkan orang yang berguru padanya itu. Seterusnya menunjukkan jalan sampai dapat dan bisa berdiri sendiri. 


Kenapa orang harus mengenal diri? Timbulnya hasrat orang berilmu atau orang pandai hendak mengenal diri, mencari diri atau menyelidiki diri ialah disebabkan peningkatan ilmu pengetahuan syariat, pengetahuan kebendaan dan petunjuk-petunjuk dari kitab kitab termasuk al-Qur'an tentang keadaan diri yang harus diselidiki dan supaya diperhatikan. Mengenal diri, mengenal Tuhan. 


Banyak orang mengetahui dirinya, memperkatakan dirinya dan menyebut dirinya; akan tetapi tak banyak dapat menemui dirinya. Orang boleh sahaja mengatakan dia tahu di diri, dirinya di dalam badannya. Dia berdiri sendiri, akan tetapi adakah atau sudahkah orang tahu, yang mana diri itu yang sebenarnya? Terdiri dari apa dia diri itu? Dengan belum dapat mengenal dan menemuinya (hanya baru dapat menyebutnya), maka sangat besar kemungkinan orang akan salah memahami diri. 


Kebanyakan orang lebih mementingkan badannya daripada dirinya dan tak tahu pula cara memikirkan dirinya sendiri, padahal orang tak bisa hidup kalau tak berserta dirinya. 


Kesalahan atau kekeliruan memahami hidup atau pandangan hidup yang salah, mendatangkan kesulitan di bidang kehidupan. Akibatnya penderitaan, rendah diri dan selalu berasa kekurangan. Perumpamaannya ialah, ‘majikan dipandang orang suruhan atau raja dianggap budak.’ Anggapan, tangkapan dan pandangan yang salah itu menjadikan orang mudah sesat dan tersesat.


.

No comments:

Post a Comment