Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Aku benar tak punyai apa-apa - page 159



Aku benar tak punyai apa-apa. Akan tetapi semuanya timbul dariku. Aku pada dasarnya adalah laksana kaca. Apa saja akan timbul kalau mahu berkaca padaku. Aku teringat akan satu kisah, cerita bayangan yang aku perdapat, iaitu jauh sebelum ada yang diadakan. 

Yah, tatkala itu katanya belum ada yang ada. Yang ada waktu itu dua bersaudara serupa bak pinang dibelah dua. Satu sama lain berpandangan-pandangan. 


Yang satu bertanya kepada yang lain: 
"Siapakah di antara kita berdua ini yang lebih dulu, ada atau yang tua?" 
Yang ditanya menjawab: "aku" 
"Tidak" 
Kata yang ditanya lagi, sambil berkata pula, “aku"
"Kalau betul engkau yang tua atau lebih dulu ada dariku", kata yang bertanya, "Cuba engkau bersembunyi, menghilang atau ghaib." 
Maka ghaiblah atau menghilanglah yang ditanya. 

Dan dengan mudah sahaja yang bertanya menangkapnya sambil berkata: "Ini engkau" 
"Ya, aku", jawabnya. 
"Dan sekarang, aku pula ghaib", kata yang bertanya. Maka ghaiblah DIA. Dicari dan dicari oleh yang ditanya tadi sampai puas dia mencari namun Yang Ghaib tidak juga dapat ditemuinya. Maka timbul sendirilah DIA kembali sambil berkata: "Ini aku" 

Dan semenjak itu terlahirlah kata: "aku-mengakui". Yang ditanya mengadakan pengakuan pada yang bertanya dan oleh kerana pegakuan itu, maka yang ditanya mengakui pula akan keadaan dan menjadikan yang ditanya dengan membukakan akan "Rahsia Yang Sedikit"

Suatu kisah bayangan yang patut direnungkan dan diperhatikan dengan sungguh-sungguh untuk dipelajari lebih mendalam. 


Aku pelajari akan diriku sendiri, iaitu diri yang telah kutemui. Aku dapat menemui diriku tidak dengan perkataan, "aku hendak mencarinya dan terus dapat". Menemui diri sendiri itu tidaklah semudah yang diduga, akan tetapi kalau sudah dapat ditemui dan mengetahuinya sebenarnya, kita akan mengatakan: "Mencari diri itu tidaklah sesulit seperti yang dianggap".

Pada permulaan aku berjalan mencari diriku dengan akal dan daya pemikiranku. Hasil dari pemikiranku meyakinkan ku akan adanya diriku itu dan berada di dalam sangkarku, iaitu badanku yang laksana rumah tempat ku diam. Untuk itu tentu aku harus dapat memasuki rumahku sendiri.  Apa akal dan apa daya? 


Aku merenung dan bertafakur memikirkan mencari jalan untuk dapat masuk rumah sendiri: Aku bertekun menundukkan kepala ke bawah. Rasa perasaanku menangkap sesuatu iaitu denyutan di hujung jari-jariku. Seluruh perhatianku, ku curahkan padanya. Jalan fikiranku ku tujukan pada denyutan itu dan aku cuba menurutkan


Dengan beransur dan teratur aku dapat merasakan denyutan-denyutan itu telah merata di seluruh hujung jari-jariku. Dia mengangkat kedua belah tanganku dan membawa tanganku bergerak dengan sendirinyaKe luar aku tidak melihat apa-apa, ke dalam aku hanya dapat merasakannya. Aku sedar dan ingatanku tidak hilang. Kalau aku lepaskan ingatanku padanya dengan keinginan menghilangkannya, maka pergerakan itu berhenti dengan sendirinya dan rasa itu beransur hilang, kembali seperti biasa. 


Aku teliti dan pelajari dia dengan kemahuan yang teguh, hendak mengetahuinya. Aku berlatih dan berlatih, mengadakan percubaan-percubaan untuk dijadikan pengalaman. Penelitian dan penilikanku pada sesuatu itu, menunjukkan padaku bahawa aku telah berada di depan pintu rumahku sendiri. 


Dengan keyakinan yang teguh dan latihan-latihan yang berulang-ulang dengan tujuan hendak memasuki rumahku itu, aku dapat merasakan pintu-pintu yang dimaksud telah terbuka dan aku telah berdiri di muka pintu, yang berarti, alam fikiranku dan perhatianku menghadap ke dalam


Daya tangkapku menangkap rasa lain dari yang lain, kalau tadinya, sebelum pintu-pintu terbuka aku dapat menangkap rasa denyutan, maka setelah pintu terbuka dan aku ada di dalamnya, aku dapat menangkap suatu daya dan rasa yang mengandung s t r o o m. "Apa inikah diriku?" kataku sendirian. Aku belum mendapat jawapan yang pasti, kerana aku pulalah yang memastikannya setelah menarik pengalaman dan pelajaran dari nya. 


Percubaan-percubaan, latihan-latihan dan pengalaman pengalaman, dapatlah aku mengetahui bahawa apa yang ku temui itu bukanlah diriku, hanya baru jalannya

Aku turuti jalan yang telah aku temui itu, aku berjalan pada jalannya, Aku keluar dan ke dalam untuk memperhatikan akan segala sesuatunya dan akhirnya aku ketahui dan temuilah akan diriku yang sebenarnya; diri yang banyak mengandung rahsia itu. Dengan jalannya, pada jalannya, aku telah dapat menemui itu hamba yang sentiasa menjalankan tugas mengembara kian ke mari, memberi dan meisi. Aku temui dia di pertemuan kiri dan kanan, dan banyak menarik pelajaran darinya


Aku telah dapat dan pandai 'memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam; mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati dari yang hidup'. Kalau ada orang mengatakan diri itu lemah, aku mengatakan tidak. Kerana aku ada di dalamnya. Aku mengatakan diriku kuat, cukup dan mencukupi. Aku dapat memperkembang diriku sendiri, memperbesarnya, mengambil manfaat darinya untuk badanku sendiri, bahkan lebih dari itu. 


Dengan rahsianya yang telah aku ketahui diriku dapat membebaskan diri orang lain dan orang lain banyak dapat mengambil faedah darinya

Diri itu bagi orang lain mungkin dianggapnya keramat, bertuah, pembawaan. Bawaannya hikmah, berkat dan kiramah

Dan dengan diri, orang dapat mencapai bahagia; bahagia yang diidam-idamkan oleh setiap manusia. 

Aku telah dapat memisahkan antara badan dan diriku, bahkan aku telah dapat berdiri di diriku dengan pengertian diri itulah yang aku kemukakan. Dan orang luar, orang yang berpengetahuan, yang berilmu, dapat menilainya. Hanya si pandir dan si dungu yang tak dapat menilainya, kerana tak tahu di harga diri. 


Tahu didiri bukanlah berarti sekadar mengetahui sahaja, melainkan harus tahu keadaannya, apa yang ada padanya. Mengetahui rahsianya dan mengambil buah darinya untuk dijadikan ilmu pengetahuan setidak-tidaknya mengambil manfaat darinya. Apa yang terkandung di diri itu? "Tidakkah mereka memikirkan apa yang di dalam dirinya sendiri?" (Ar-Rum ayat 8)


Diriku yang ku kenal, bagi badanku berdiri dengan sendirinya. Diri ku berdiri oleh kerana aku. Badanku diciptakan untukku, iaitu rumah tempat aku diam.


.


No comments:

Post a Comment