Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Berlainan Pandangan dan Penglihatan - page 201


“BERLAINAN PANDANGAN DAN PENGLIHATAN"

Mereka memandang dan melihatku dengan pandangan penglihatan zahir saja, sedangkan Aku memandang dan melihatnya dengan apa yang ada padaku, seolah-olah aku mengatakan, “Inilah aku!” 


Sayang mereka tak mengerti dan tak tahu dan aku berjalan terus dan terus berjalan sebagai seorang musafir.


Adakalanya tindak-laku perbuatanku seolah-olah memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam. Mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup. Dan, inipun selalu Aku lakukan terhadap badan diriku sendiri dan diri orang lain. Akan tetapi, aku bukan ayam yang mengeluarkan telur (barang yang mati) dan bukan pula telur mengeluarkan anak ayam, barang yang hidup.


Maka adalah apa yang ku sebutkan di atas itu adalah hanya bayangan bagi orang yang mahu tahu dan mengerti.

Siapa aku sebenarnya?

Aku ialah yang akan kembali ke HADIRATNYA dengan dijemput dan bukanlah yang akan dikembalikan ke asalnya dengan dihantar.


.

1 comment: