Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Diri itu jernih, bersih - suci - page 32



Diri itu jernih, bersih - suci.
Dia hening, tenang, tidak ada tetapi ada, itulah DIA yang tidak ada tetapi ada bersama kita itu : Ke Tuhanan kerana berasal dari Tuhan.

Jadi adalah yang telah ada sama kita itu keTuhanan dan bukan Tuhan. Tuhan tetap Tuhan, Esa Tunggal, tidak dua, tidak tiga, apalagi banyak.


Ke Tuhanan ada pada kita, ada pada orang lain dan ada di mana-mana. Kenal-mengenalilah satu sama lain, hubung-menghubungilah, kerana tidak kenal maka tidak sayang.

Syaitan berdiri, iblis berdiri dan Jin pun berdiri. Akan tetapi DIRI nya tidak seperti DIRI kita manusia, sama-sama makhluk dijadikan Tuhan, lain jenis. Mereka itu berasal dari api yang sifatnya merosak dan menghancurkan. Dia menjahanamkan kita, dia membawa kita ke neraka kerana dia tidak senang akan kejadian kita.

Diperintahkan Tuhan dia sujud kepada nenek moyang kita Adam, dia tidak mau, dia engkar, maka neraka waillun tempatnya ditentukan Tuhan.

Ia berkata: Patutkah saya sujud pada orang yang engkau jadikan daripada tanah? Dia meminta dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat guna memusnahkan atau memperdayakan anak cucu orang itu di belakang hari, kecuali yang sedikit.


Dan yang sedikit itu yang tak terpedayakan olehnya. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui, kata Tuhan.


No comments:

Post a Comment