Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: ILMUKU Ilmu Ghaib, Berasal Dari Yg Ghaib, Datangnya Dari Yang Maha Ghaib - page 51




Dan kepadanya, tuhan ku aku bermohon supaya ibu ku yang mengandung aku dibebaskan dari azab kubur dan ditempatkan di tempat yang sebaik-baiknya. Amin Ya Rabbul alamin.




Semenjak itu aku mengembara terus dan terus mengembara memberi dan menerima dan mengajar sambil belajar, jadi murid sambil jadi guru. 



Kampung aku dilahirkan telah ku tinggalkan menuju sesuatu tempat yang kekal abadi bagi ku iaitu,  Akhirat. Hasil dari perjalananku hidupku nanti yang akan menentukan kedudukan dan tempatku. 



Oleh kerana aku ingin mendapat tempat yang sebaik-baiknya di sisi Tuhan, makanya aku titik beratkan segala perbuatan ku sekarang kepada kebaikan dan membaikkan.


Aku dudukkan diriku di tempatnya dan duduk ku duduk di rumah. Kalau perlu saya keluar. Ada kala pula aku duduk, tetapi berjalan, perjalanan yang merupakan jalan batinku. 


Dan kalau boleh aku katakan, aku lebih banyak berjalan daripada duduk, lebih
banyak berbuat daripada bermenung. 


Orang sudah jauh berjalan dan aku telah jauh ketinggalan. Sungguhpun dengan jalan tidak sah atau wajar. 




Perjalanan ku menyedari sekarang menyusul yang ketinggalan sekali gus, pertama membesar Diriku, menyesuaikan dengan keadaan ku  dan kedua mencari nikmat hidup yang ketinggalan. Perjalanan yang ku lakukan suatu perjalanan hidup yang berisi, berisikan nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Dan kalau sampai aku mempunyai seperti orang punya, adalah wajar kerana hasil dari perjalananku sendiri, bersertanya ilmu ku.






Ilmu ku ilmu ghaib berasal dari yang ghaib, datangnya dari yang 
MAHA GHAIB 


Kepada saudaraku, kaumku, bangsaku yang merasa ketinggalan dalam mencapai hikmat hidup di dunia ini, aku pesankan janganlah cemas. Janganlah iri hati dan jangan putus asa, kerana masih ada jalan masih ada kesempatan bagi mu untuk mengejar ketinggalan itu.



Kebanyakan dari mereka-mereka yang punya itu, adalah hasil dari ilmu akalnya mengambil kesempatan dalam kesempitan, membolehkan yang tak boleh, menghalalkan yang haram dan lain sebagainya. Ketahuilah olehmu, bahawa kesemua mereka-mereka itu mempergunakan tenaga lahir, tenaga yang bergelumang hawa nafsu. 


Kalau akal sihatmu tak mahu berbuat semacam jalannya alam fikiran mereka itu, tandanya kebenaran masih ada padamu, sungguhpun hati kecil-mu, perasaan mu ingin hendak mempunyai seperti apa yang dipunyai mereka-mereka itu. Dan besar kebenaran yang ada padamu letaknya ialah di dirimu. 
Letakkanlah sesuatu itu pada tempatnya dengan mengharamkan yang haram, menghalalkan yang halal dan jangan pakai kesempatan dalam kesempatan.
Kuasailah Dirimu letakkanlah pula pada tempatnya, iaitu ketenangan dan kedamaian. Pembawaan yang tenang itulah menentukan Harga Diri seseorang. 


Rumahtangga yang mewah tak ada erti, kalau tidak ada ketenangan di dalamnya. Sebaliknya kemiskinan melaratan menandakan kebodohan, tak tahu diharga Diri.


Berfikir, berbuat, berlaku dengan tenaga lahir termasuk golongan sudah tua, dan sudah sangat tua. Ketahuilah olehmu bahawa padamu ada tenaga yang tersembunyi, yang belum pernah engkau pakai selama ini secara positif dan belum pernah pula dipergunakan orang. Ada beberapa orang yang telah dapat memakainya akan tetapi terbatas, iaitu masih tetap tinggal di dalam, masih diselubungi juga hawa nafsu, yang dinamakan kekuatan batin, tenaga yang tersembunyi itu mealiri seluruh batang tubuh di dalam.


Bagi orang yang belum menemuinya adalah dia itu terkurung, negatif dan pasif. Bagi mereka yang telah menemuinya dia jadi bebas, positif dan aktif. 


Untuk mengejar ketinggalan kita di dalam segala hal, tenaga itulah yang akan dipergunakan kerana selain belum dipergunakan orang, sangat banyak daya gunanya. 


Carilah itu tenaga yang tersembunyi, sampai dapat engkau kuasai. Dia ada padamu dan banyak di luar. Tingkatkan cara berfikir mu ke dalam, hentikan segala gerak langkah lahirmu, sehingga yang tinggal gerak yang tak dapat engkau menguasainya. Gerak yang tinggal itu ialah gerak dari tenaga batin mu atau tenaga yang tersembunyi bagi mu. Dengan perlakuan semacam itu sudah mulai engkau adakan pemisahan di dalam dirimu, pemisahan antara gerak lahir dan gerak batin, tenaga lahir dan tenaga batin antara badan dan diri. Terjadinya itu baharu pemisahan di dalam. Sekarang tingkatkan lagi fikiran mu bagaimana caranya hendak mengetahui dan dapat merasakan tenaga dalam itu. 



Untuk itu tentu engkau mesti membawa tenaga itu keluar yang bererti engkau harus menembus alamnya sendiri sampai ke kulit dan sampai ke bulu mu. Sanggupkah engkau sendiri menembus itu dengan perkataan lain, membuka pintu yang tertutup? 


Jawabnya ialah sebaiknya, engkau cari orang yang tahu dan mengerti dan telah mempunyai, untuk meminta pertunjuk-pertunjuk, kalau perlu berguru kepadanya.



Dia ada tetapi tiada, dia sulit tetapi mudah, dia ringan tetapi berat dan jangan dipandang enteng, kerana mungkin membahayakan kalau dicuba dengan sendiri. 


Sebaiknya mendapatnya dengan jalan berguru, kerana sangat banyak rahsia terkandung kepadanya, Rahsia Diri -  Rahsia Tuhan. Dan yang belum dipelajari dan dipergunakan orang selama ini.


.

No comments:

Post a Comment