Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Kebodohan mu lah yang menyebab engkau berkurangan, tidak puas, etc - page 58




     Apa lagi yang minta kepada Tuhan, sedangkan yang engkau kehendaki, itu telah diberikannya padamu. Kebodohan mu yang menyebabkan engkau berkurangan, tidak puas dan sebagainya. 



    Kalau engkau telah mengetahui itu semua, tidak pada tempatnya lagi engkau minta kepada Tuhan, kerana apa yang engkau minta itu telah diberikannya sebelum engkau memintanya.

   
     Hanya yang tak ada padamu dan yang belum engkau lakukan ialah syukuri kepadanya, sembahlah dia dan selawat sebanyak-banyaknya pada rasul nya yang penghabisan iaitu Muhammad s.a.w.

    
    Jadilah menjadi seorang hamba yang salleh, pemberi dan penunjuk jalan yang benar kepada sesama manusia. Insya Allah.


   Telah engkau temui itu dirimu, telah banyak pula engkau mengetahui keadaannya dan telah banyak pula pengalamanmu dengannya.


     Apa katamu sekarang mengenai sesuatunya, terutama hubunganmu keluar.


     Engkau yang tadinya duduk di tempatmu, di alam mu sendiri, setelah pintu terbuka dan mengenal dunia luar, sangat mengasihi dan menyayangi dan menyintai badanmu, dan ingin hidup 1000 tahun lagi bersama-samanya.


     Dunia yang engkau kenal sekarang, bukanlah seperti alam yang engkau diami selama ini. Dunia mu selama ini dunia khayal dunia bayangan, dan sekarang engkau telah mengenal itu dunia, nyata yang indah, cantik lagi menarik.


       Pada siang hari disinari matahari yang memberi isi kepada alam semesta, datarannya yang menghasilkan pemandangan yang menakjubkan, lautnya yang maha luas, sungainya yang terdiri dari besar dan kecil, lembahnya, ngarainya dan lain sebagainya.


      Pada malam harinya bermandikan cahaya bulan dengan bintang-bintangnya yang bertaburan di langit, menambah indah dan menakjubkan, menandakan akan kebesaran Tuhanmu, Pencipta dari segala yang diciptakan iaitu yang Maha Pencipta, cukup dengan menyebut namanya sahaja iaitu : " A  L  L  A  H ".


  Engkau yang tadinya tak mengenal dunia nyata, setelah mengenalnya, mencintainya lantaran kekaguman mu akan nikmat Ilahi, kebenaran nya, ke Agongannya.

    
 Semua yang menakjubkan engkau itu, ialah perbuatan Tuhan dan sekarang cuba pula pandang olehmu perbuatan sesamamu, iaitu yang dinamakan manusia.


     Pelajarilah sejarah, apa yang diperbuat oleh manusia dahulu, sekarang, dan mungkin nanti, dan apa pula yang telah engkau perbuat pada waktu yang sudah-sudah, sekarang dan yang akan datang?


    Mereka berlumba-lumba memburu dan mengumpul harta, kekayaan dan lain-lain dan amat sedikit sekali di antara mereka yang mengingat dan mensyukuri nikmat Tuhan.

Mereka lupa kepada asal usulnya, lupa kepada Diri sendiri, lupa kepada yang menjadikan, lupa kepada Tuhan.


     Akibatnya : kemelaratan, kemiskinan, kesengsaraan timbul di mana-mana, oleh kerana yang verdik memakan yang bodoh, si kuat memakan si lemah, si celik memakan yang buta.


  Mereka tidak bertuhan kepada Tuhan yang sebenarnya, melainkan bertuhankan benda, terlampau percaya kepada yang adasedangkan mereka lupa, yang ada itu makanya ada ialah diadakan berasal dari tiada yang keluar dari tiada ada.


  Mereka menyebut nama Tuhan hanya di bibir sahaja, mereka mendirikan sembahyang hanya lantaran kebiasaan sahaja dan untuk mengelabui mata orang banyak. Mereka mengaku beragama oleh kerana nenek moyangnya, ibu nya beragama. Akan tetapi apa itu agama tidak diketahuinya lebih mendalam. 


    Mereka takut kepada Tuhan, oleh kerana itu dia tidak mahu menyebut nama Tuhan. Ada pula orang mendengar suara orang azan sahaja di masjid atau di rumah, sengaja berjalan menghindarkan diri dari mendengarkan suara Ilahi itu.


    Tikar sembahyang dan kitabullah tidak didapati di rumahnya, yang ada radio, televisyen, barang-barang serba Lux. Dan kalau mahu makan enak bukan dimasak di rumah, melainkan dicari di luar. Yah, keluar sebab di luar serba ada, boleh memilih dan tidak payah mengerjakannya.


    Anehnya bila mereka ditimpa malapetaka menderita dengan tiba-tiba mereka mendapat sakit luka lantaran kecelakaan dan lain sebagainya yang disebab kerana akan oleh perbuatannya sendiri dengan tidak diminta dia menyebut nama ALLAH, dan mengatakan tiada Tuhan yang lain melainkan ALLAH.

   
     Rupanya bagi mereka itu Tuhan adanya sewaktu menderita, sewaktu sakit, sewaktu pertolongan tak dapat diharapkan lagi. Seolah-olah Tuhan bagi mereka diingat pada waktu susah dan pada waktu senang atau mencari kesenangan Dia tak perlu diingat, kerana Tuhan melarang berdusta, Tuhan mengatakan itu haram, itu tidak boleh. Dihamburkannya (tipis) rasa ketuhannya sewaktu mencari dan memburu dan mendapat kesenangan.


    Renungkanlah kembali perjalanan hidup mu yang sudah-sudah, apa-apa yang telah dilakukan dan apa-apa pula yang telah dirasakan. Suka dan duka pasti telah engkau lalui silih berganti. Tariklah pelajaran dari perjalanan kehidupan mu yang telah engkau lalui itu dan ambillah kesimpulan dari perjalananmu itu.


       Pelajarilah hakikat hidup yang sejati dan kembalilah kepada kehidupanmu yang sebenarnya. Berpeganglah kepada yang Hidup, jangan kepada yang mati. Kawan Hidup banyak, kawan mati tidak ada, Pegangan mu hendaklah : Carilah "Dia" Hidup yang akan dipakai, dan mati yang akan ditumpang."




Insya Allah
.

No comments:

Post a Comment