Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Ketahuilah Dirimu - page 37


          Bagi orang baru keluar dari penjara, dari kurungan, dari penderitaan, dari penindasan, setelah pintu terbuka baginya hendaklah dia bertanya, "Siapa AKU, hendak ke mana AKU dan mahu apa AKU: Jawabnya tepat ialah:


"KETAHUILAH DIRIMU"

          Kerana :  kalau engkau itik, tentu pulang keselukan (pelimbahan), kalau ayam tentu pulang ke kandang (kelesung).


         Ketahuilah bahawa tiap-tiap orang, tiap-tiap kita ada itu Anugerah Agong, kurnia Tuhan yang terahsia letaknya pada kita itu. Dan selain ter Rahsia letaknya pada kita,  juga dia banyak mengandung rahsia. 


          Masing-masing kita mengandungnya. Supaya kita puas menjalankan ke Hidupan, maka lahirkanlah kandungan itu. Dengan kelahirannya maka terbukalah sudah Rahsianya. Hanya sedikit tetapi amat besar artinya bagi kita, kerana Dia Hidup, menghidupkan kita. 


         Dan itulah Dia yang sedikit "Roh ku" kata Tuhan, sewaktu meniupkannya ke dalam batang tubuh nenek moyang kita manusia yang pertama.


         Bagi orang yang telah mengenalnya, Tuhankah namanya itu? Tentu tidak, bukan? Dan bagi orang yang mengetahui kedatangannya dari Tuhan, anak Tuhankah namanya? Tentu tidak, bukan? 


          Dari itu kami yang telah menemuinya dan telah menjadikan Diri kami Dia. Menamakan yang telah ada bersama kita itu KE - TU - HAN - AN .Sekali lagi, ketuhanan. 


          Orang mengatakan: "Kenalilah DIRI mu, kerana siapa mengenal Dirinya akan mengenal Tuhan dengan sendirinya."


          Untuk mengenal DIRI secara positif, 'lahirkanlah', kandungan masing-masing. Dan setelah Tahu di Diri yang sebenarnya, akan tahulah kita bahwa kesalahan besar telah kita lakukan dalam membawa jalan kehidupan. Suatu pandangan hidup yang salah, kerana yang mati selama ini dianggap Hidup, sedangkan yang sebenarnya Hidup, tidak diperdulikan.


          Lahirlah, lahirlah manusia baru di dunia. Semua orang, semua umat, semua manusia di mana-mana di dunia menunggu kedatangannya, kelahirannya. Insha ALLAH.



          Bagiku setelah aku menemui jalannya, aku pelajari Dia Isinya serta Rahsianya. Maka tahulah aku akan dia yang sebenarnya. Aku telah menemuinya Diriku yang sebenarnya.
.

No comments:

Post a Comment