Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Melahirkan Manusia Baru - page 28




Melahirkan Manusia baru :

Gunanya manusia baru dilahirkan ialah untuk merubah corak hidup yang tidak memuaskan, merubah corak masyarakat yang tidak sesuai dengan masa dan zaman, membentuk masyarakat baru dengan susunan baru, dan caranya ialah dengan Gaya Baru.

Untuk mendapat corak hidup baru, hendaklah kita lahir kembali untuk kedua kalinya, dan dengan Daya Tenaga Baru kita perbaharu corak masyarakat yang tidak sesuai itu lagi dan dengannya pula kita bentuk masyarakat baru dengan gaya baru.

Pahit getir dalam kurungan sewaktu terjajah kita telah alami, dari itu makanya kita anti penjajah dan tidak mau pula menjajah. Yang kita ingini kemerdekaan penuh, perikehidupan yang teratur dan tersusun dan layak sebagai seorang manusia. Kita tidak akan menjajah, melainkan membebaskan yang tertindas, membangunkan yang tidur, membukakan mata yang buta, menunjukkan jalan yang benar dan hidup berdampingan, duduk sama rendah tegak sama tinggi kerana kita berperikemanusiaan dalam erti yang sebenarnya.

Dari itu, lahirlah dulu untuk kedua kalinya. Kalau tak bisa dan tak sanggup melahirkan sendiri, minta dilahirkan kandungan itu pada orang yang tahu, yang ahli dan mintalah petunjuk kepadanya. Dan dengan kelahiran baru itu, pergunakanlah kecerdasan dan kearifan.

Temui Diri sendiri lebih dahulu, perbaiki ke-ada-an Diri itu dan pelajari kehidupan sendiri di dalam dan ketahuilah apa itu Diri yang sebenarnya, supaya kita berpendirian.

Lahir yang kedua kali itu, bukanlah seperti seorang ibu melahirkan anak, melainkan si Diri menembus alam sendiri dengan memancar, pancaran yang berisi.

Pancaran yang berisi itulah yang akan diperhatikan, yang akan kita pelajari kerana isinya mengandung rahsia iaitu Rahsia Diri.



.

No comments:

Post a Comment