Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Menampung dan Menyelesaikan Segala Yang Mendatang - page 26




Menampung dan menyelesaikan Segala Yang Mendatang


Pengalamanku bertahun-tahun (10 th.) dengan duduk menanti membawakan Diri itu, banyaklah sudah Rahsianya aku ketahui dengan telah banyak pula bermacam-macam persoalan yang mendatangi ku, telah ku selesaikan dengan memuaskan dan sangat memuaskan. Dan kesemuanya itu aku selesaikan bersertanya.


Aku semenjak kecil ditinggalkan ayah dan sebagai seorang kelahiran di tanah Minangkabau yang mewarisi pusakaturun dari mamak-kekemanakan tak mempunyai mamak kandung.


Yang aku kenal, aku berbapak tiri, yang kalau boleh k ukatakan, sayang tidak, benci pun tidak kepadaku, tetapi aku tahu betul, ibu sangat sayang padaku. Betapa tidak, adalah aku anak laki-laki yang pertama, padaku banyak terletak harapannya, di hari tuanya, di waktu aku telah besar kelak. Aku masih ingat di waktu hati  risau tak menentu, aku sering duduk di tepi pantai, memperhatikan jalannya matahari yang akan terbenam. Sesekali aku melihat ke tepi laut, melihat alun yang berkejar-kejaran ganti berganti menghempaskan diri. Di sana aku sering berkhayal bertanyakan akan kejadianku nanti, bagaimana hidupku di belakang hari.


 Aku ingin hidup jadi orang. Aku tak pernah dapat jawapan, kerana jawapan yang ku nanti tak kunjung datang. Dari siapa yang ku tunggu, pada hal aku pada waktu itu seorang diri, yah aku menyendiri. Hanya Rasa perasaan ku waktu itu cuma yang berubah, iaitu dia mengeluarkan nafas panjang. Matahari sudah terbenam untuk akan terbit besok pagi di Timur dan aku tersentak dari lamunanku.


Pada sejarah hidupku yang sudah-sudah aku sudah banyak kehilangan. Dari, kecil ditinggalkan ayah, menyusul ditinggalkan adik, ditinggalkan saudara perempuan,. ditinggalkan ibu, ditinggalkan isteri yang dicintai dan disayangi, dan kesemuanya itu membawa kesan kepada rasa perasaan ku, batinku, ditambah pula dengan pengalaman hidup sendiri untuk bisa hidup.


Dan jasadku mengalami perubahan pula, iaitu aku mengalami pembedahan pada bahagian punggungku dua kali berturut-turut dalam tempoh sebulan dengan mematikan badanku lebih dahulu dan dua kali pula tambahan darah di saat pembedahan itu dilakukan. Pendek kata, bermacam-macam kematian telah aku alami sampai kepada badan ku sendiri dan Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih “hidup”, bahkan Tuhan telah memberi kesanggupan pula kepadaku memecahkan Rahsia Hidup yang sebenarnya, yang aku jadikan ilmu Pengetahuan ku.

Sebagai seorang manusia biasa yang harus membanting tulang untuk mendapatkan keperluan lahir, mungkin aku tak kuat kerana zahirku lemah dan tubuh ku cacat sudah.

Akan tetapi setelah aku menemui garis hidup yang sebenarnya yang dikurniakan Tuhan padaku yang aku jadikan ilmu Pengetahuan ku, iaitu ilmu hidup, aku jadi hidup sebenarnya hidup dan bisa hidup, kerana jalan hidup yang menjadi pegangan ku sekarang ialah berisikan nikmat, bukan yang dimurkai dan bukan pula sesat.


Jalannya kehidupan ku sendiri yang ku temui itu yang kepastiannya berasal dari dalam batang tubuhku, maka untuk mengetahui Rahsianya aku pergunakanlah Dia untuk keperluan sesuatu. Kebanyakan hasilnya mengkagumkan dan memuaskan, dan sangat banyak daya gunanya yang telah aku ketahui. Pengalaman ku ambil jadi guruku.

Aku berteori dalam berpraktik, belajar sambil mengajar, menerima dalam memberi, aku jadi murid sewaktu jadi guru.


Percubaan-percubaan aku lakukan pada badan sendiri, pada anak-anak ku pada isteri ku, pada anak murid ku pada orang lain. Dan semua itu menjadi Rahsiaku.

Aku yang tadinya dikenal orang sebagai seorang buruh pada perusahaan Bangsa Asing, belakang dikenal dengan penilaian masing-masing. Dan begitulah hidup ku sekarang, dengan Rahsia Diriku.

Aku telah lahir untuk kedua kalinya dan kelahiran yang kedua ini terlahir dengan sendirinya.


.


No comments:

Post a Comment