Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR @ BBM: Menjalani jalan kehidupan kita pada jalannya - page 46



Untuk mencapai dan mendapat akhirat jangan tinggalkan dunia dan untuk dunia jangan tinggalkan akhirat.

Tujuan hidup hendaklah bahagia dunia dan akhirat. Dan untuk mencapai tujuan itu, kita harus berjalan, yaitu menjalani kehidupan kita pada jalannya. Adakah atau sudahkah kita selama ini berjalan pada jalannya?



Keretapi berjalan pada jalannya. Kereta berjalan pada jalannya. Dan mana jalan kita yang akan kita jalani? Orang naik keretapi menumpang pada jalannya. Orang naik mobil menumpang pada jalannya. Lantaran jalan menumpang itulah makanya jalan kita tidak tetap. Kita boleh menumpang, lantaran mahu cepat sampai pada tujuan kita dan untuk itu kita membayar. Akan tetapi walaupun kita menumpang apa sahaja, biarlah yang kita tumpangi itu berjalan pada jalannya dan kita akan mempergunakan jalan kita sendiri, yaitu jalan kehidupan kita.


Adakah orang memperhatikan keadaannya sendiri? Dia menumpang (tinggal) dalam sebuah rumah dan dalam rumah yang ditumpanginya itu dia pergunakan rumahnya sendiri untuk hidup, bukankah begitu? 




Rumah yang ditumpanginya, yang didiaminya, berlainan dengan rumah yang dipergunakannya sendiri untuk hidup atau dalam menjalankan kehidupan. 




Dan adalah jalanmu itu letaknya padamu sendiri, di dirimu. Carilah itu jalan, temuilah itu jalan dan pergunakanlah jalan mu itu. 




Itu jalan yang lurus lagi benar, kerana berasal dari yang MAHA BENAR. Jalan yang berisi dan memberi nikmat pada orang-orang yang memakainya, yang tidak dimurkai dan tiada pula sesat. 



Dari itu kaji dan galilah Dirimu dan adalah Dia itu mempunyai jalannya sendiri dan keluarlah dengan jalan itu. Itulah jalan mu yang sebenarnya. Pada jalan mu itu, engkau akan menemui nikmat (rasa bahagia) dan hasilnya ialah untuk mu, badan Diri mu, keluarga mu, kaum mu, bangsa mu, Negara mu, Dunia mu dan . . . . . . . . . . .  akhirat mu.



Adalah kehidupan itu telah berjalan semenjak dari dalam dan untuk keluar adalah tugasmu membawanya berjalan dan untuk itu hendaklah engkau temui jalan itu lebih dahulu dan dapat menguasainya. Dari itu pelajarilah Diri mu sejak dari dalam. Secara garis besarnya adalah jalan kehidupan kita itu hanya dua: satu ke atas satu ke bawah. Jalan ke atas tujuan terakhir ialah menemui TUHAN kembali dan jalan ke bawah tujuan terakhir ialah kembali ke asal yaitu ke tanah. 


Untuk itu kita menempuh jalan yang berliku-liku dan likunya hanya dua yaitu ke kiri dan ke kanan. Ketentuan ini adalah ketentuan dari yang menjadikan segala kejadian dan semuanya akan kembali kepada NYA.


Mulailah kehidupan mu sejak dari dalam batang tubuhmu dan keluarlah pada jalannya untuk kelancaran kehidupanmu sampai saat terakhir. 



Kesalahanmu selama ini menjalankan kehidupan atau menempuh lautan hidup atau melalui hidup di luar dengan tidak ada pegangan yang jadi penunjuk jalan bagimu atau tidak ada jalan mu sendiri. Jalan yang sudah engkau pergunakan ialah jalan fikiran mu sendiri yang tidak bisa di jadikan jadi pedoman. Kerana banyak simpang siurnya dan sangat diragukan kebenarannya.



Pergunakan otak mu sesudah itu baru alam fikiranmu. Kalau engkau berotak dari alam fikiranmu, sama juga keadaannya dengan perahumu yang sudah berada di permukaan air, sedangkan engkau tidak mengetahui perahu itu tadinya berada di daratan sedangkan lautan beralun dan bergelombang dan sewaktu-waktu badai taufan bisa datang dengan tak peduli siang dan malam.



Bila itu jalan telah engkau temui, berjalanlah engkau dengannya dan oleh kerana Dia hidup, lancarkanlah kehidupan mu pada jalannya. Itulah Dia jalan Diri mu semenjak dari dalam yang memberi nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. 



Jalannya yang keluar itu yang dapat memecahkan rahsia Diri, kerana Dia telah menembus alam sendiri iaitu badan kita. Dia mengandung Daya seribu Daya, zat serba zat yang dapat kita tangkap dengan Rasa, yaitu Rasa Perasaan kita


Jalannya yang dapat betul kita merasakannya ialah yang melalui hujung kuku kita, jari-jari kita yang sepuluh, lima kiri dan lima kanan. Dan padanyalah letaknya Rahsia Hidup mu di dalam.


Lancarkanlah kehidupanmu di luar dengannya dan berjalanlah bersertanya. 



Jalannya berisi. Isinya ialah nikmat Hidup, memberi dan menerima, pecahan titik-titik dan berasal dari satu titik yang terrahsia letaknya di dalam batang tubuh kita. Dan memang dari titiklah kejadian sesuatu yang dijadikan. Titik menghasilkan titik dan kumpulan dari titik menghasilkan rupa atau bentuk.


Dan begitulah kejadian kita di dalam dan begitu pula di luar, yang setitik akan menggunung, kalau kita gunungkan, akan melaut kalau kita lautkan, sebaliknya, yang melaut kalau kita surutkan akan menjadi gunung dan yang menggunung kalau kita surutkan akan kembali menjadi titik, titik kehidupan kita yang di dalam yang membawa ketenangan dan kedamaian, yang berarti juga kembali ke pangkalan.





Ayam yang semenjak dari pagi dilepas dari kandang untuk mengais mencari makan pada sorenya kembali untuk istirehat.



Pembawaan hidup yang sebaik-baiknya ialah tenang, Kerana Dia itu berasal dari yang sangat tenang aman dan damai. Dari ketenangan dan kedamaian itulah memancar cahaya hidup mengaliri dan meisi jalan kehidupan kita semenjak dari dalam sampai keluar; dan cahaya itulah menunjukkan warna hidup kita keluar kerana bukankah dunia nyata yang kita diami ini penuh tata warna warni?



Emas yang 24 karat tahan banting dan tahan uji itu, pertahankanlah jangan sampai menjadi tembaga atau loyang yang sangat rendah nilainya. 



Kalau jalan telah kita temui maka kita harus perhatikan dan pelajari akan isi dari jalan itu iaitu jalan yang memberi nikmat, nikmatullah.


Nikmat Tuhan yang diidamkan oleh setiap manusia yang bertuhan, nikmat yang
mengandung "Bahagia" nikmat yang mengandung kebaikan dan membaikkan.



Pada Tuhan ada Syurga dan Neraka, iaitu ketentuan yang terakhir dari kehidupan kita. Dan padanya hanya satu jalan iaitu jalan lurus. Alif lah yang lurus. 



Pada kita manusia ada dua jalan, iaitu jalan hidup dan jalan mati. Tujuan satu iaitu kembali kepada Tuhan untuk menerima ketentuan darinya, tempat yang terakhir Pada Tuhan ada malaikat-malaikat yang mempunyai tugas tertentu terhadap segala yang dijadikannya, sebagai kaki tangannya



Pada kita ada kaki tangan untuk menyampaikan tujuan dan maksud kita. Pada Tuhan ada bumi mengandungi bermacam-macam Rahsia seperti emas, Perak, minyak tanah, batu arang dan lain sebagainya.


Pada kita ada perut untuk menampung segala apa yang kita makan dan minum. Pada Tahun ada langit yang mengandungi segala Rahsia pula seperti bulan, bintang, matahari dan lain sebagainya. Pada kita ada kepala yang berisikan otak besar dan otak kecil, urat-urat saraf dan lain sebagainya.



Dan di tempatnya makhluk-makhluk hidup di atas bumi di bawah langit. Dan letak hidup pada kita pada bahagian atas perut dan bawah kepala, yaitu di dada yang mengandungi Rahsia pula.


             Langit mengandung, bumi mengandung, kesemuanya terkandung dalam "R A H A S I A".


        Rahsia Diri Rahsia bumi . Rahsia langit terkandung dalam Rahsia Tuhan, Kandungan langit, kandungan bumi teruntuk orang yang tahu.


.

No comments:

Post a Comment