Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Percaya kepada diri sendiri - page 146

"Percayalah Pada Diri Sendiri"


Diri sendiri yang telah dikenal dan yang telah dapat ditemui di dalam badan mempunyai jalan tersendiri pula; jalan yang berpetunjuk guna untuk menunjukkan jalan kepada yang dituju, jalan hidup lagi dihidupkan, jalan kiri dan kanan, jalan mempertemukan yang lahir dengan yang batin, positif dan negatif, jalan badan dan diri, jalan berisi, berisikan rasa; rasa yang dapat dirasakan, rasa yang banyak mengandung rahsia, rahsia ghaib, rahsia diri. 


Mungkinkah diri yang telah kita kenal akan merosak badannya sendiri? Dari itu ingatlah akan pesan orang tua-tua kita, “jangan lupa kepada diri sendiri".


Jadi, maka adalah "aku" orang yang berdiri dan berbadan, orang yang telah mengenal dirinya sendiri, orang yang telah menemui dirinya sendiri, orang yang banyak sedikitnya telah dapat mengetahui rahsia diri dan orang yang telah dapat mengenal dan mengetahui  "aku" yang sebenarnya. 


"Aku" duduk di tempatku, dudukku duduk menanti, menantikan kedatangan sesuatu untuk sesuatu dengan sesuatu. Walaupun duduk, akan tetapi aku sentiasa berjalan dan terus berjalan dan berdasarkan penyataanku itu makanya aku menamakan diriku seorang hamba yang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan. 


Dalam perjalanan yang ku lakukan sentiasa aku berbuat berlaku dan bertindak kalau perlu.


Aku akan ke SANA. Yah memang di SANA tempatku kembali
dan untuk itu "Aku" harus melakukan perjalanan, perjalanan yang ku namakan perjalanan balik batang, dari "Ya" () menuju ke "Alif" (). 


Itulah dia "aku" yang sebenarnya untuk dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan :


1. Siapa aku
2. Mau apa aku
3. Hendak ke mana aku.


.

No comments:

Post a Comment