Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Rasa yang banyak mengundang rahasia - page 127

Rasa yang banyak mengandung Rahsia. 

Maka adalah rahasia nya itu Rahsia ku. Dan pada mulah letaknya dapat tahu atau tidaknya engkau memecahkan Rahsia itu untuk dipergunakan.


Dia bertambah kenal dan mengerti padaku. Perkenalan yang mendalam mendatangkan kasih sayangku padanya, melebihi dari diriku sendiri. Pengertian yang mendalam menentukan kelebihan antara satu dan yang lain mendatangkan kesadaran dan keinsafan pada diri sendiri, dapat memahami akan kekeliruan pandangan selama ini dan tahulah dia bahawa aku yang selama ini belum pernah dikenalnya, setelah diketahuinya akan keadaanku yang sebenarnya, berubahlah dikenalnya, setelah diketahuinya akan keadaanku yang sebenarnya, berubahlah pandangan hidupnya, segala apa yang ada pada Nya padaku.


Penyerahannya yang bulat menjadikan selain dia mudah untuk mengenal aku yang sebenarnya, juga menjadikan pandangan hidupnya lain dari yang sudah-sudah, kerana kalau selama ini dengan pembawaannya dia yang kemuka, maka setelah aku diperdapatnya, maka akulah yang kemuka bukan dia. Janganlah terlampau memandang kepada bintang di langit sedangkan rumput hijau berada di bumi. 


Aku bertanggungjawab penuh kepadanya selagi aku berada bersertanya, kerana dia adalah teman hidupku yang sejati dunia dan akhirat. Dunia dan akhirat kataku, kerana dunia ku terletak padanya dan akhiratnya terletak padaku. Aku akan menjadinya dan dia akan menjadi aku. Maka adalah aku dan dia berguna untuk dunia dan akhirat.


Apa ertinya dunia bagiku, dan apa pula ertinya akhirat  bagimu? Dunia bagiku bererti "bahagia" dan untukmu sendiri kalau tak tahu "derita". Dan kalau aku menjadi mu yang berarti aku berserta engkau apa yang engkau idam-idamkan akan mudah tercapai.


Kerana aku yang selama ini belum engkau kenal, lebih-lebih dengan sifatku yang pendiam, tidak banyak keluar, menerima dan mendapat cabar tentang keadaanmu, ingin benar hendak melihat rupa dan bentukmu. Benarkah keadaanmu, tindak laku perbuatanmu seperti apa yang ku dengar atau seperti apa yang disampaikan padaku? 


Setelah engkau menemui aku dan setelahnya aku untuk pertama kalinya dapat melihat wajah bentuk dan rupamu, maka semenjak itu pula engkau menjadi perhatianku.


Rupanya engkau itu aku juga, akan tetapi tempatmu bagiku di luar.


Engkau menarik perhatianku dan menjadi buah pemikiranku. Mungkin engkau barangkali begitu pula padaku. Akan tetapi engkau bukan aku.


Baru sahaja engkau bertemu dengan aku tahulah aku sudah apa yang telah engkau alami dan yang akan engkau alami dan aku ketahui kehendak dan keinginan hatimu. 


Sayang engkau belum mengenal aku betul. Dan dengan kepercayaan yang penuh engkau sadari atau tidak, aku membawamu berjalan pada jalanku, jalan terang tetapi gelap bagi orang. 


Banyak orang tidak mengerti padaku termasuk engkau sendiri. Engkau menganggap aku lain dari yang lain. Yah memang aku asing bagimu, kerana apa yang ada padaku tak ada padamu. Akan tetapi tahukah engkau betapa pula aku menganggapmu? Aku ketahui kegunaanmu bagiku dan dengan diam-diam aku mengasihi dan menyayangimu. Mungkinkah apa yang ku cari selama ini ada padamu? Dan oleh kerana itu makanya aku sayang padamu.



Aku senang padamu. Mengasihi mu dan menyayangimu. Cintakah aku padamu? Apa yang lebih daripada kasih dan sayang? Bagaimana aku akan menyintai mu sedangkan engkau bukan isteriku.


Kalau engkau isteriku tentu kita dua. Telah ku katakan padamu, aku mengasihi mu oleh
kerana engkau . . . . . . . . . . . . . . . teman hidupku.


Arti teman hidup bagiku melebihi dari isteri, kerana ku dengan mu satu. Akan tetapi kalau engkau menyintaiku, aku akan lebih menyintai mu lagi.


Cintaku kudus. Matamu melihat, mataku bercahaya. Hatimu berkata, hatiku merasa. Alangkah bahagianya aku sekiranya aku dapat bersamamu untuk selama-lamanya. Sinar matamu adalah pancaran bagiku.


Semenjak engkau mulai mengenal aku dengan mudah sahaja engkau tertarik padaku. Betapa tidak, aku aneh pada fikiranmu, aneh bin ajaib. Bertambah kenal engkau padaku bertambah tertarik engkau padaku. Kenapa begitu? Yah, begitulah dan memang begitulah hendaknya, kalau tidak semestinya.


Pernah satu kali engkau hampir mati, kata orang. Di saat itu engkau tak kuat lagi bertahan, di saat-saat engkau sudah tak berdaya lagi, di waktu itulah sekonyong-konyong "aku" muncul padamu.


Engkau mengenal aku dan aku mengenal mu. Engkau melihat aku dan aku melihatmu. Pandanganmu dan pandanganku berlainan, begitu pun pula dengan pemandangan orang lain.


Engkau memandangku dengan pengharapan supaya aku dapat menolong mu sedangkan pandanganku menyusul engkau yang sedang diperebutkan orang untuk dibawa dan pandangan orang lain padamu yang menganggap engkau tinggal menunggu waktunya lagi.


Aku renungi engkau dan aku membawamu ke seberang. Engkau tak berdaya sudah. Yang ada hanya dayaku dan daya Tuhan.


Dan setelah engkau sampai di seberang, tiap-tiap orang yang menjumpai mu mengatakan engkau telah selamat ke seberang. Hampir semua orang berbesar hati melihat perkembanganmu, lebih-lebih aku.


Aku sangat-sangat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang aku telah dapat membawamu ke seberang dengan jalanku sendiri, iaitu membawamu pada jalanku, jalan yang ku namakan jalan yang berpetunjuk, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.


Engkau akan ku bawa pulang ke tempatmu, ke rumahmu. Dan bahtera ku waktu itu kita hanya ada berdua, engkau dan aku. Yah hanya kita berdua penumpang kapal itu. Engkau dan aku. Kapal yang kita tumpang telah merapat dan telah berlabuh. Kita telah sampai tetapi belum tiba.


Sampai di negeri, belum tiba di rumah. Ada yang tidak membenarkan engkau mendarat , keluar dari kapal, untuk engkau kembali ke rumahmu. Aku sendiri pun enggan dan sangat berat melepasmu, mengembalikan engkau kepada keadaanmu seperti semula. Kerana apa? Yah kerana tanggungjawab ku terhadap yang tidak membenarkan engkau mendarat itu, terhadapTuhan.


Agaknya engkau masih ingat tentu, engkau pernah ku belai dengan kasih mesra ku, aku pegang keningmu, ku belai rambutmu, aku beri engkau harapan. Kesemuanya itu aku lakukan, aku buat untuk aku perlihatkan kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kepada Tuhan Yang Maha Esa, akan tanda kasih sayangku padamu, supaya engkau dapat ku bawa kembali berserta ku ke rumahmu. 


Apa permohonan ku yang dikabulkan Tuhan atau janjimu yang belum sampai, tak dapat aku mengatakannya. Mungkin engkau dapat mengetahuinya kerana engkau sendiri yang 
telah mengalami segala peristiwa di dirimu itu.


Seperti telah kukatakan padamu aku sangat berat melepasmu oleh kerana tanggungjawab ku terhadap Tuhan. 


Janjimu memang belum sampai dan permohonan ku dikabulkan Tuhan dan engkau 
selamat aku bawa ke seberang. 


Pembersihan di segala bidang pada apa yang ada padamu telah dilakukan. Untuk itu aku mempunyai tugas terhadapmu. 'Tugas suci' dan bagiku adalah apa yang telah kulakukan itu suatu kewajipan, kemestian dan keharusan. 


Aku mesti membebaskan mu dari segala yang tidak baik, baik dia datang dari luar baik dari dalam. Dan aku melindungimu dan bukan engkau yang harus melindungku. 


Aku harus menjadikan mu kembali menjadi orang menurut semestinya, layak dan wajar hidup sebagai seorang manusia, bebas dari penderitaan, dari tekanan-tekanan, intjeran-intjeran iblis yang berbentuk manusia atau dari manusia-manusia yang telah terpengaruh oleh syaitan iblis. 


         Dan engkau hendaknya tidak akan terpedaya dan tak dapat diperdayakan lagi.



Untuk itu engkau harus mengerti betul padaku. Siapa aku dan siapa pula engkau? Janganlah pengertian mu padaku seperti pengertian masa yang sudah-sudah, iaitu sewaktu engkau belum mengenal aku, walaupun engkau telah mengetahui aku. Pengetahuan mu padaku pada waktu engkau belum mengenal aku, tidaklah seperti aku yang telah kau kenal dan kau ketahui.


Dengan tidak aku ketahui dan sadari aku selalu menghubungimu, hanya engkau dengan pengetahuanmu yang belum seberapa, tak mengenal aku. 


Aku bukanlah sahaja yang seperti yang engkau duga, melainkan lebih dari itu. Aku hidup sedangkan engkau ku anggap mati. Hidupku tidaklah seperti kehidupan yang engkau anggap, melainkan berlainan. 


Aku menghidupimu, dari itu hiduplah dengan aku. Engkau tak bisa menghidupi aku. Hidupmu dari dua jalan, iaitu dari luar dan dari dalam. 


Padaku hanya ada satu jalan, jalanku jalan hidup lagi menghidupkan, iaitu dari atas ke bawah.


Engkau tak akan sanggup hidup tanpa aku, sungguhpun banyak makananmu di luar. Kerana aku yang meisi kehidupanmu di dalam, sedangkan makanan engkau perdapat di luar.

Aku pun tidak akan berasa bahagia hidup tanpa engkau, kerana apa yang tak ada padaku ada padamu. 


Telah engkau cuba hidup dengan cara engkau sendiri. Dan hasilnya telah engkau alami sendiri. Engkau menyesali nasibmu, untungmu, bahagianmu.


Nasib, untung, bahagian tak perlu engkau sesalkan. Aku mengatakan engkau yang tak pandai membawakan hidup. Dari itu makanya ku katakan padamu, hiduplah dengan aku. 


Telah lama aku menantikan kedatanganmu dan telah lama pula aku menunggu-nunggu supaya engkau dapat bertemu dengan aku.


Kalau engkau telah hidup dengan aku, maka engkau harus mengerti cara ku hidup atau pembawaan hidup ku.


Pembawaanku sederhana, tetapi mencukupi. Pembawaan mu dengan gayamu serba ada tetapi tak cukup, merasa kekurangan.


Aku adalah orang yang berpengetahuan serba tahu dan engkau orang yang berkemahuan dan serba mau. 


Berpengetahuan tetapi tak ada kemahuan tak ada guna. Berkemahuan tetapi tak ada pengetahuan, tak berarti.


Tahu dan mau kalau satu atau disatukan atau kalau keduanya ada pada kita, maka akan berartilah apa kata pepatah: "di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Dan pada tahulah adanya jalan itu.

Yang tahu ialah aku dan yang mahu ialah engkau. 


Apa artinya banyak engkau tahu, kalau tak ada kemahuan? Apa artinya banyak yang dimaui, kalau tak tahu jalannya? 



Yang mahu banyak, engkau dan yang banyak tahu ialah aku. 


Alangkah baiknya sekiranya aku yang banyak tahu dijadikan satu dengan engkau yang banyak mau. Kalau sampai terjadi mungkin engkau akan bahagia dan aku akan lebih bahagia darimu lagi, kerana aku telah dapat membahagiakanmu. 


Dan engkau mendatangkan kemahuan yang banyak padaku dan untuk itu aku akan pergiat ketahuan ku, sehingga bahagiamu menjadi bahagiaku.


Kalau engkau tak ada bersertaku, maka aku tidak akan ada kemauan, kerana apa artinya, aku di dunia ini, kalau tak ada yang ku maui? 


Kegiatanku mendatang setelahnya engkau dengan kemahuanmu yang banyak telah menyerah sebulat-bulatnya kepadaku
.


Di waktu itu engkau telah menjadi kepunyaanku dan apa yang ada padaku akan kuserahkan pula untukmu. 


Aku akan meisi jiwamu, dirimu, dan melalui badanku akan melakukan, mencari dan mendatangkan kebutuhanmu untuk kebahagiaan kita bersama "aku" dan "engkau".


Engkau akan memberi dan menerima. Yang akan engkau berikan apa yang ada padamu dan yang akan engkau terima yang ada padaku. 


Akan engkau lakukan semuanya itu bersertaku, dengan "aku". Tanpa aku engkau tak akan dapat menerimanya. Engkau sendiri akan dapat juga melakukannya, akan tetapi hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan atau yang dikehendaki. Dari itu janganlah tinggalkan aku.


Ke mana aku pergi engkau akan ku bawa, begitu pula engkau, selagi aku bersama mu, ke mana engkau pergi aku jangan ditinggalkan. 


Engkau dapat ku jalani seluruhnya, akan tetapi aku tak dapat engkau kuasai sepenuhnya. Bukan oleh kerana aku tak tulus dan ikhlas padamu, melainkan oleh kerana "ada" yang menguasai "aku". Yang Menguasai ku ialah Yang Lebih Tahu.



Hidupku padamu terbatas, engkau tak akan kuceraikan. Melainkan kalau sudah tiba waktunya, engkau akan ku tinggalkan. Dan sepeninggalku, engkau akan pulang, balik asal. Kalau ini terjadi, maka kita akan berpisah satu sama lain. Dan lepaslah tanggungjawab ku terhadapmu dan akan mempertanggung jawabkan engkau dan aku kepada Tuhan. Mungkinkah kita di akhirat nanti bertemu dan bersatu kembali? Kenapa tidak, bukankah engkau itu aku dan aku adalah engkau?


Aku tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Kalau mencari aku, di pertemuan kiri dan kanan.

Padamu tempat ku di dalam, bukan di luar kerana datangku di luar bagimu. Aku akan pulang dan engkau akan kembali. 


Engkau datang, aku sampai. Engkau pergi aku sudah berangkat. Engkau hancur, aku tidak. 


Engkau berjalan aku berjalan. Engkau berhenti aku diam. Engkau berjalan lagi, aku pun berjalan pula. Ke mana engkau pergi aku selalu ikut serta. Di sadari atau tidak, diketahui atau tidak. Engkau tidak akan menampak aku kalau tidak dengan ilmu ku. 


Kalau aku yang pergi, engkau akan kubawa, tetapi aku pergi benar, engkau ku tinggalkan.


Pemberianku padamu tak kunjung habis, kalau engkau pandai, bisa sampai turun temurun ke anak cucu di kemudian hari. Pemberianmu padaku tidaklah seperti itu, dia akan hilang tak berbekas, tetapi jasamu yang paling besar ialah kesudianmu menampung aku.


Kataku aku beruntung, katamu untungmu malang. Aku beruntung telah dapat engkau temui dan untung mu yang malang oleh kerana engkau belum tahu diuntung yang sebenarnya.


Untung mu letaknya bukan di luar melainkan padaku. Engkau akan beruntung mendapatkan aku. Aku pun merasa beruntung pula mendapatkan mu. Keuntungan yang terang yang telah engkau perdapat dariku ialah aku telah menghidupkan mu. Di balik kehidupanmu itu aku merasa lebih beruntung lagi, kerana selain aku telah dapat menghidupi mu, aku telah engkau hidupi pula.


Aku buta, engkau nampak. Apalah arti hidup, walaupun punya tetapi buta. Dan apa pulalah artinya hidup kalau hanya nampak sahaja tetapi tak punya.


Alangkah bahagianya rasanya kalau aku dapat melihat. 

Aku membutuhi engkau dan engkau membutuhi aku. Aku bukan tak bermata, mataku banyak, tetapi tidak seperti matamu yang dua. Oleh kerana itu makanya aku katakan aku buta.

Yang aku perlukan darimu mata, supaya aku dapat melihat dan untuk itu dari ku banyak yang akan engkau perdapat. 

Aku akan meisimu sampai meliputi keseluruhannya. Hatiku akan meisi hatimu, fikiran ku akan meisi fikiranmu, otakku akan meisi otakmu. Seluruh isi batang tubuhmu akan ku aliri, ku aliri dengan dayaku sendiri yang menjadi daya kehidupan bagimu. Dari itu makanya ku katakan kehidupanmu sangat bergantung padaku.


Alammu lain, alamku lain pula. Alammu nyata, alamku tidak nyata. Pengalamanmu menunjukkan supaya engkau mencari yang tidak nampak. Keadaan ku menyebabkan aku membutuhimu yang nampak. 


Telah banyak diketahui tentang aku. Kata orang aku Pa' Muchtar, kata ku aku adalah Baginda Muchtar. Yang sebenarnya aku adalah  "NUR", dan namaku: "BAGINDA MUCHTAR"


Terang sudah siapa aku yang sebenarnya dan adalah dia diriku. Saya ialah aku dan badan diriku di luar. Bagi badan diri adalah aku namanya "ROH". Bagi badan adalah diri itu "jiwa" dan bagiku adalah badan itu jasmani ku dan diri itu rohani ku.


Aku pisahkan satu sama lain menjadi tiga dengan ku namakan masing-masing:
1.  Aku 
2. Diri 
3. Badan
Dan keluar kami yang tiga jadi satu. 


Masing-masing mempunyai jalan sendiri-sendiri. Lain jalan "aku" lain pula jalan diriku dan lain pula jalan badanku.



Bagi badan jalannya ialah terang, nyata, 
Bagi diri jalan badan itu gelap,
bagi aku buta.


Jalan diri bagi diri terang, 
bagi badan gelap, 
bagi aku buta.


Bagiku semua buta, akan tetapi tahu jalan diri dan tahu pula jalan badan.


Untuk memenuhi kebutuhan hidup, badan harus bergerak, berjuang memeras keringat, kalau perlu membanting tulang. Perbuatan badan itu lantaran gelap bagi diri, maka dia hanya dapat merasakan. Kalau menguntungkan perbuatan badan itu, dia akan berasa beruntung, kalau merugi perbuatan badan itu, diri akan menderita dan bagiku yang buta perbuatan itu badan menyebabkan aku merana.


Diri yang mempunyai jalan sendiri, mempunyai daya sendiri dan berbuat sendiri, tak dapat berbuat apa-apa untuk badannya, kerana lapangan bergeraknya terbatas iaitu di dalam sahaja. 


Dan bagaimana dengan aku? Apalah yang akan ku katakan? Aku yang terkandung dalam diri dan diri terkandung dalam badan, tak dapat pula berbuat apa-apa, walaupun mengetahui semuanya.


Aku buta. Aku meisi dan meisi, meisi diri untuk menghidupkan badan di dalam, akan tetapi aku tak nampak, kerana aku buta. 


Betapa aku tak akan merana, diri yang ku isi, tak mengenal aku yang sebenarnya, apalagi badan yang menerima aliran dari diri. Badan tak pula mengenal diri, betapa pula dia akan
mengenal aku? 


Banyak yang tak tahu di diri, berbuat menurut mahunya sendiri. Diri pun punya kemahuan. Sama-sama punya kemahuan. Samakah yang dimahui oleh badan, diri dan aku itu? Yang pasti, badan mahu punya semua, diri mahu senang dan aku mahu bahagia. 


Sanggupkah badan berbuat dengan menurut jalannya sendiri mendapat apa yang dimahuinya, menyenangi dirinya dan membahagiakan aku? 

Bahagiakah aku kalau aku  dapat menyenangkan diri dan dapat pula memenuhi kehendak badanku?


Perbawaan badan yang tak tahu di diri, kenyataannya tak dapat memenuhi kehendak dan keinginannya. 


Akibatnya diri tak senang, menderita dan aku merana. Bagaimana sekiranya diri yang membawa badan berjalan? Diri yang kemuka membawa badan bergerak untuk memenuhi kehendak dan keinginan badan, untuk menyenangkan diri dan membahagiakan aku. Untuk itu kita harus mengenal dan menemui diri lebih dahulu. 


Mengenal diri tidaklah mudah, akan tetapi tidaklah sesulit seperti yang diduga. Pokoknya ada kemahuan, kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Diri itu sendiri, di alamnya sendiri mempunyai jalan sendiri pula. Bagi kita letaknya dia di dalam. Maka adalah untuk mengenal diri, kita harus dapat menemui lebih dahulu, jalan dari diri itu. Kalau jalannya telah ditemui, maka berarti kita telah menemui alamnya pula, iaitu alam negatif. 


         Diketahui bahawa diri itu letaknya di dalam batang tubuh kita. 
         Jalannya berpetunjuk, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. 
    Kita turutkan jalan yang telah ditemui itu untuk mengetahui keadaan diri yang sebenarnya. Dan dengan beransur-ansur kita akan dapat mengenal diri dan dapat pula mengetahui yang bahawa diri itu telah menembus alamnya sendiri dan dengan nya pula kita dapat mengembara ke alam ghaib, sesuai dengan keadaannya. 


Baginya segala sesuatunya setelah dapat menembus alam sendiri iaitu badan kita, jauh tak berantara dan dekat tak berbatas.


Kalau kita tak sanggup dan tak percaya lagi kepada pembawaan badan yang tak dapat memenuhi kebutuhan hidup, maka cubalah pergunakan jalan diri sendiri untuk mencapai segala tujuan. 


Dan patut dipelajari untuk diketahui terdiri dari apa diri itu. Diri akan berasa senang kalau dia dapat memenuhi kehendak badan, kerana adalah badan itu kepunyaannya. Dan bagaimana dengan aku? 

Untuk ini diri harus mengenal aku lebih dahulu.

Diri harus menemui dan mengetahui "A"-ku yang sebenarnya. 
Tempatnya "A"- ku ialah di dalam diri tak ubahnya seperti diri yang terkandung di dalam badan. 


Untuk dapat menemui "A"-ku yang berada di dalam diri itu, diri hendaklah melakukan perjalanan pada jalannya. Kalau diri berbuat untuk badan melakukan perjalanan ke luar, maka dalam hal ini hendaklah melakukan perjalanan ke dalam


Begitulah "aku" mengatakan, aku dapat menemui nya dipertemuan kiri dan kanan.


Dan adalah aku yang sebenarnya tempatku di dalam, bukan di luar.
Dan mempunyai jalan sendiri.
Dan tahulah aku sekarang padaku ada tiga jalan:

Jalan lahir menurut gerak fikiran dengan mempergunakan akal
Jalan diri yang terdiri dari kiri dan kanan
Jalan "aku" iaitu jalan sendiri. Padaku yang benar hanya ada satu jalan, iaitu jalan pada     jalan Allah. Dan akulah pula yang dapat menemui "Nya",  kerana aku datang dari SANA       dan jalanku ialah jalan tengah, jalan kembali dan jalan pulang.


Aku yang tadinya menganggap badanlah yang aku, setelah menemui "diri" berubah pandanganku.


Dan aku temuilah aku yang sebenarnya setelah aku dapat mengetahui rahsia diriku.




No comments:

Post a Comment