Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Satu bagiku adalah aku, dua diriku (hamba), tiga badanku (saya) ? - page 110


Satu bagiku adalah aku, dua diriku (hamba), tiga badanku (saya). Yang Esa – Tuhan.


Sebagai seorang manusia, saya harus berjuang untuk mendapatkan keperluan hidup. Oleh kerana saya mesti makan, minum, berpakaian, bergaul, berumah tangga dan lain sebagainya.


saya harus mempelajari diri sendiri sampai dapat mengenalnya untuk supaya jangan terlalu susah hendaknya menjalani kehidupan dan mengisi keperluan lahiriah dan batiniah. 



Saya harus menyederhanakan kehidupan saya berhubung dengan sederhananya keadaanku, seperti yang dicontohkan Tuhan kepada apa yang ada pada badanku (alat-alat yang serba sederhana).



Saya harus merubah corak kehidupanku kerana keinginanku ketenangan dan kedamaian. 



Ketenangan dan kedamaian aku perdapat di diriku. Bersama dengannya pula, aku temui jalan hidup yang sebenarnya. 


Dan dengan jalan yang telah menjadi kepunyaanku itu, hamba berjalan mengharungi lautan hidup yang maha luas dengan tenang dan damai.



Hamba berjalan sebagai seorang musafir yang berkelana kian ke mari menjalankan tugas terhadap Tuhan, terhadap badan diriku sendiri kerana seluruh tindak-laku perbuatanku kujadikan amalanku. 



Hamba melakukan perjalanan seorang diri dengan badan, bersama-sama dengan orang lain; melakukan perjalanan yang jauh kataku, tetapi dekat. 


Hamba memberi dan sentiasa memberi dan menerima untuk badan. 


Hamba hidup dan sentiasa hidup oleh kerana ada yang menghidupkan. Hamba yang dihidupkan tadi menghidupkan pula, terutama badanku sendiri.



Hamba berjalan terus dan terus berjalan. Hamba berjalan sampai di batas. Di mana batasnya, hamba tak tahu kerana belum terbayang lagi di pelupuk mataku. Rasanya masih jauh. Dan sudah jauh pula hamba berjalan, tetapi hamba tidak berasa payah. Kerana apa? Kerana jalanku memberi nikmat lagi berisi, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Badanku? Aku kasihan padanya. Bukankah aku terkandung di dalamnya? Dia aku senangkan. Aku biarkan dia berbaring, istirahat. Dan aku berjalan terus dengan tidak meninggalkannya.


Seperti perjalanan seorang hamba Allah yang tak banyak dapat orang mengetahuinya.



Telah kuhuraikan siapa saya dan siapa pula hamba dan aku, siapa "AKU" ? Aku adalah tetap aku. Aku nan sebatang nan Tunggal, berdiri dan berbadan. Aku dengan badan dan diriku adalah manusia. 



Badanku tanpa aku adalah seumpama mayat. Dan diriku timbul oleh kerana adanya aku pada badanku.



.

No comments:

Post a Comment