Wednesday, November 19, 2014

BAPAK BAGINDA MUCHTAR@ BBM: Siapa Aku? - page 137

Siapa Aku?

Aku adalah dia yang datang dari SANA dan yang akan kembali kepada NYA. Hidupku di sini terbatas dan di sana kekal dan abadi. Hidupku di sini adalah seperti burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung, terkongkong, tidak bebas.


Aku ingin bebas tetapi tidak lepas. Aku berdiri dan berbadan. Diriku terdiri dari kumpulan zat serba zat yang bagi badanku berdiri dengan sendirinya. 


Tempatku ialah di dalam diriku, di pertemuan kiri dan kanan. Maka adalah aku dahulu dari diriku. Jadi adalah diri mendatang kemudian setelah aku berada di dalam badanku.


Maka adalah kewajipan ku untuk mengetahui keadaan diri dan badanku. Begitulah pula diri harus mengetahui keadaan badannya yang kasar dan sepatutnya pula mengetahui "aku" yang sebenarnya. 


Badan pun harus mengetahui akan keadaan diri dan akunya. Maka adalah sepatutnya tiap -tiap kita manusia mengetahui akan keadaan kita yang sebenarnya, supaya kita tahu akan badan kita yang kasar, tahu akan diri sendiri dan tahu akan aku yang sebenarnya.


A-ku dan diri letaknya di dalam badan atau terkandung di dalam badan dan adalah a-ku yang sebenarnya letaknya di dalam diri. Keadaan badan adalah nyata dan keadaan a-ku dan diri tidak nyata. A-ku adalah pokok pangkal dari jalannya kehidupan ku di dalam. Perkembangan ku menimbulkan diriku dengan sendirinya. Diriku mealiri seluruh apa yang ada padaku, iaitu seluruh anggota batang tubuh ku di dalam. Alirannya mendatangkan pergerakan, yang mana pada kenyataannya titik tolaknya dari jantung kita terus mealiri seluruh isi batang tubuh kita. Alirannya berisikan daya-daya tenaga hidup, meisi jalannya kehidupan kita di dalam. Adalah isi dari daya-daya tenaga yang hidup itu, kalau diambil perumpamaan, seperti butir-butir darah yang mealiri seluruh batang tubuh kita. Dan adalah seluruh pergerakan yang disebutkan di atas berlakunya di luar kemahuan kita. Alirannya keluar berbataskan bulu dan kulit.


Pergerakan-pergerakan yang berlangsung di dalam batang tubuh kita yang berlakunya di luar kemahuan kita itu, tujuannya ialah menjamin jalannya kehidupan kita di dalam. Sekiranya tenaga yang berbataskan kulit dan bulu itu dapat menembus kulit dan bulu sehingga dia dapat langsung berhubungan dengan tenaga-tenaga yang banyak berkeliaran di luar kita, mungkinkah dia dapat pula menjamin jalannya kehidupan kita di luar? 


Untuk ini hendaklah kita dapat mempunyai dan menguasai tenaga-tenaga itu serta dapat pula mengetahui keadaannya yang sebenarnya. Tenaga-tenaga itu adalah berasal dari diri kita sendiri dan diri itu timbul oleh kerana "a"ku ada di dalamnya.


‘A’-ku yang berada di dalam diri dan diri yang terkandung di dalam badan, menjadikan aku menjadi manusia dan bernama Bagindo Muchtar. Maka adalah ‘A’-ku yang sebenarnya yang datang dari Tuhan iaitu Allah dan sewaktu-waktu akan kembali kepada-Nya dan bukanlah badan atau jasad yang akan


dikembalikan ke tanah setelah Aku pergi. Yang akan dikembalikan ke tanah itu ialah badanku setelah Aku tiada lagi di dalamnya kerana Aku telah lebih dahulu kembali ke Hadirat-Nya, Tuhanku. Kehadiranku di dalam batang tubuhku didatangkan dan kembali Aku ke Sana, ke Hadirat Tuhanku, dijemput. Setelah Aku dijemput, maka tinggallah rumahku dan sepeninggalanku, maka dihantarkanlah jasadku ke dalam tanah. 



Aku adalah yang sulit dapat dikenal dan diketahui orang. Jangankan ‘A’-ku, diriku sahaja tak dapat banyak orang mengenalnya. Akan tetapi bagiku tidaklah sulit untuk mengenal dan mengetahui sesuatu. 


‘A’-ku ada tetapi tidak ada. Ada dalam sebutan, tak ada dalam kenyataan. Di mana letaknya atau duduknya ‘A’-ku? Duduknya ‘A’-ku di tempatnya. Tempatnya ialah di dalam badan diriku. Di sanalah aku berada. Kalau ada orang hendak mencari Aku, paling ada orang akan menemui rumahku iaitu badanku. Dan ‘A’-ku yang sebenarnya, susah orang dapat menemuinya.


Dan adalah Aku tidak seperti yang diduga atau seperti anggapan orang banyak selama ini. Lain Aku dari orang banyak. Aku tak dapat diraba dan dirasa, akan tetapi banyak bukti-bukti atau tandatanda yang menunjukkan bahawa Aku ada. Aku bukanlah si pandai sihir, pandai sunglap, pandai menghipnotis. Bukan.


Aku adalah si benar oleh kerana datang dari Yang Maha Benar. Kalau mahu mengenal Aku, kenalilah diriku lebih dahulu. Padanyalah letaknya rahsiaku. 


Untuk dapat mengenal Aku, hendaklah engkau melakukan perjalanan pengembaraan sejauh
mungkin ke dalam kerana di sanalah tempatku, dan di balik ‘A’-ku, tidak ada apa-apa lagi yang akan engkau dapati.


Kalau perjalanan yang engkau lakukan lurus lagi benar iaitu engkau pakai jalan yang berpetunjuk, maka terlebih dahulu engkau akan dapat menemui jalan diriku. Dan kalau engkau teruskan jalan yang berpetunjuk itu, maka engkau akan dapat pula menemui diriku sendiri. Dan kalau engkau halusi lagi dengan pengertian berjalan terus di dalam diri, maka dengan beransur-ansur engkau akan berasa tidak berdaya lagi dan kalau diteruskan juga maka habislah segala daya dan upaya dengan pengertian engkau akan berada di suatu tempat yang tiada titik lagi di balik itu atau lebih jelas engkau akan berada di suatu ruangan yang tidak ada yang ada; tiada gerak, tiada suara, tiada angin. Ya, tiada yang ada dan yang ada hanyalah kalau boleh dirupakan dan diumpamakan ialah hanya cahaya dan cahaya melulu. Cahaya jernih lagi suci kerana datang dan berasal dari Yang Maha Suci.  


Itulah dia ‘"AKU" yang sebenarnya. Kalau engkau telah dapat menemuku di tempatku yang hanya Aku yang ada di sana, maka di saat engkau telah menjadi ‘A’-ku itu, bertitik tolaklah engkau dari tempatmu itu dengan keakuanmu ke luar, ke depan atau ke muka dengan beransur tapi teratur sehingga engkau dapat menemui dirimu sendiri. Engkau yang di saat itu dalam keadaan tidak ada, yang sedang berada di tempat tidak ada yang ada, dengan tidak berdaya-upaya, dalam perjalananmu dalam dirimu sendiri menuju ke badanmu sendiri, dengan beransur tapi teratur akan mulai merasa mempunyai tenaga daya dan tenaga yang dinamakan kudrat, daya dan tenaga yang menuju kepada ketentuan, kudrat dan iradat.


Daya-daya dan tenaga-tenaga yang dinamakan kudrat yang telah dipunyai itu ialah kudrat yang timbulnya, sesudahnya tiada lagi daya dan upaya. Setelah daya tenaga lahir kita sendiri sudah tidak ada lagi

 Laa Haula Walaa Quw-Wata Illa Billaa hil'Aliyyil ‘Adziim. 


Dan di waktu itu pulalah berlaku penyerahan dalam erti kata yang sebenarnya, dengan pengertian dan pengakuan bahawa segala-galanya apa yang ada padaku kepunyaan Allah sematamata. Lillaahi Rabbil alamin. Penemuan kita kepadanya di tempat tidak ada yang ada di dalam suatu ruangan, ruangan yang berisikan cahaya, cahaya dari Yang Maha Kuasa, Cahaya Allah, Nurullah.


“Allah memberi cahaya bumi dan langit.
Umpama cahaya-Nya kepada orang beriman, seperti
sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada
pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan
laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit.
Pelita itu di nyalakan dengan minyak kayu yang
berkat, iaitu minyak zaiton, yang tiada tumbuh di
Timur dan tiada pula di Barat. Hampir minyak itu
bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada di
sentuh api, cahaya berdamping sesama cahaya.
Allah menunjuki orang yang dikehendaki-Nya.”
(Al-Quran Surat An-Nur Ayat 35)


Itulah dia "Aku", iaitu pelita dalam rumahku sendiri. Dan saya dapat menemuinya di pertemuan kiri dan kanan. 


Dan adalah gelas dengan pelita di dalamnya itu diriku dan rumah yang dimaksud ialah padaku "badanku". 


Maka adalah menjadi kewajipanku menjaga rumahku supaya tetap kuat dan sihat, membersihkannya dan memeliharanya sebaik-baiknya. 


Aku meisi diriku supaya badanku tetap kuat dan sihat, dan bisa bertahan terhadap bahayabahaya atau serangan-serangan yang datang dari luar. Dari tempat kedudukanku, dengan ilmuku aku pergunakan pancainderaku untuk mengetahui sesuatu yang mendekatiku. Dan seluruh persoalan aku letakkan di hujung kukuku, dan banyaklah sudah rahsianya aku ketahui.


Aku pelajari akan diriku dan banyaklah sudah rahsianya yang aku ketahui hingga rahsianya telah menjadi rahsiaku. Maka setelah aku dapat menembus alamku sendiri, pengetahuanku bertambah meningkat kerana aku telah mempunyai banyak daya-daya tenaga yang tersembunyi iaitu tenaga ghaib yang sewaktu-waktu dapat dikerahkan untuk keperluan sesuatu.


Aku yang tadinya, segala sesuatunya hanya dapat merasakan apa-apa yang ditimpakan terhadap badan diriku, akan tetapi tak dapat berbuat oleh kerana aku terkurung dan terkongkong dan tak pernah pula diikut sertakan, semenjak aku telah bebas tetapi tak lepas, aku berlaku dan berbuat dengan apa yang ada padaku untuk kebaikan badan diriku yang selama ini menderita oleh tekanan hidup dari luar. 


Aku menderita oleh kerana mereka tak tahu akan keadaanku yang sebenarnya, salah memahami akan Aku dalam tangkapan dan pengertian. Dia memandang kepada rupaku, bentukku, badanku, padahal bukan itu yang ‘A’-ku. Aku berada di dalam bentuk, di dalam rupa, di dalam badan diriku. Dari itu makanya aku berupa, berbentuk dan bertampan, Tuhan-ku tidak. Aku beranak dan diperanakkan, Tuhan-ku tidak. 


Aku ganjil, Tuhanku Esa. Tuhanku Maha Pengasih, aku dikasihi dan mengasihi. Tuhanku Maha Penyayang, ‘A’-ku disayangi dan menyayangi Dia Maha Besar. ‘A’-ku sangat kecil terhadap-Nya. Dia Maha Kuasa, ‘A’-ku tak berdaya terhadap-Nya. Dia Tuhanku, aku hamba-Nya.


Aku yang telah lahir untuk kedua kalinya, tidak akan membiarkan badan diriku merana dan menderita oleh tekanantekanan hidup dari luar dan berjanji akan memperbaiki segala kesalahan-kesalahan yang sudah. 


Kelahiranku yang pertama ialah keluarnya aku dari rahim ibu yang mengandung aku. Pendidikan dan pergaulan yang menyebabkan aku lupa kepada diri sendiri, kepada ‘A’-ku yang sebenarnya. Dan pengalaman yang menyebabkan aku hendak mencari Tuhan, mencari diri sendiri dan mencari ‘A’-ku yang sebenarnya.


Kalau kelahiranku yang pertama aku keluar dari perut ibuku, maka pada kelahiranku yang kedua, Aku terpancar dari badanku sendiri. Jadi kalau orang mahu kenal ‘A’-ku yang sebenarnya, dia harus mengenal pancaranku. Sewaktu Aku belum terpancar sampai saat aku sedar akan diriku sendiri, walaupun apa yang telah kupunyai, aku sentiasa berasa kekurangan. Setelah Aku terpancar dan dapat menemui diriku dan mengenal badanku, maka tahulah aku akan kekurangan yang kurasakan selama ini.


Sebelum aku dilahirkan, maka adalah aku di dalam kandungan ibuku, dan setelah aku terlahir, maka adalah keadaanku terkurung dan terkongkong. Banyak keinginan-keinginanku, cita-citaku yang tak terlaksana, tak kesampaian. 



Aku menderita oleh kerana salah memahami hidup dan kerana belum tahu kepada ‘A’-ku yang sebenarnya. Setelah Aku terpancar dari badan diriku sendiri, maka Aku harus bebas tetapi tak lepas. Dinding yang membatasi alamku dengan alam lain dan alam Maha Besar telah tembus, dan semenjak itu jalan keluar bagiku telah terbuka. 



Pintu yang tertutup selama ini bagiku, sekarang telah terbuka dan tiap saat kalau ‘A’-ku mahu, ‘A’-ku dapat berjalan keluar. Dengan jalanku sendiri ‘A’-ku dapat menghubungi mereka, anasir-anasir yang Aku inginkan kerana semenjak pintu telah terbuka bagiku, maka segala-galanya bagiku letaknya jauh tak berantara dekat tak terbatas.


Aku diam di dalam sebuah rumah yang telah tersedia bagiku dengan isinya yang serba sederhana, tetapi cukup. Maka adalah kewajipanku menjaga dan memelihara rumah tersebut dengan baiknya supaya jangan rosak dan kotor, luar dan dalam. 


Sekarang umurku sudah menuju ke setengah abad. Tulangku telah lapuk dan berkemungkinan pula isi rumahku ada pula yang rosak atau berkarat. Ini adalah akibat dari kesalahanku juga selama ini yang tak pandai menjaga dan memelihara sebaik-baiknya. Seperti orang lain juga di waktu itu, aku membawakan jalannya kehidupanku dengan menurutkan hawa nafsu, keinginan-keinginan dengan tidak memikir panjang dan jauh ke muka dan ke belakang.


Seperti telah kuhuraikan di atas, pengalaman yang menyebabkan aku hendak mencari Tuhan, mencari diri sendiri dan sampai mencari ‘A’-ku yang sebenarnya. 


Dan semenjak pintu telah dibuka bagiku, dan setelah aku dapat mengetahui keadaan badan diriku yang telah lemah itu, maka aku berusaha berjalan untuk memenuhi keperluan hidup dengan tidak usah bekerja keras dan berat. Aku telah mengalami pembedahan sebanyak dua kali pada bahagian punggungku, dengan dua kali pula tambah darah.



Aku ingin hidup dan mahu hidup sebagai seorang manusia yang wajar dengan tidak mengemis. Dan kalau aku mahu, aku dapat dan bisa hidup dengan penghasilan warisan harta pusaka. Aku belum mahu memakan harta pusaka kerana Aku menganggap Aku harus bisa hidup dan masih bisa hidup dengan apa yang ada padaku, kerana fikiranku masih sihat. Dari itu makanya aku jauhi kampung halamanku. Aku mengembara dan bermukim di kampung orang.


.

No comments:

Post a Comment